Tuesday, 10 September 2013

Pembebasan Khanasser ( Bahagian Penutup )



Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Dia tidak beranak dan tidak diperanakan. Maha Suci Engkau Ya Allah dari segala aib dan syirik. Maha Suci Engkau Ya Allah dari apa yang mereka sifatkan. Maha Suci Engkau Ya Allah dari segala kekurangan. Solawat dan salam ke atas kekasih-Mu junjungan besar baginda Muhammad SAW. Salam ke atas keluarga Muhammad dan juga para sahabatnya.

Syukur kita kepada Allah SWT, dengan izin-Nya, dengan pertolongan-Nya, barisan mujahiddin kita berjaya membebaskan Khanasser. Admin memberi tumpuan eksklusif kepada Khanasser berbanding kawasan-kawasan lain yang dibebaskan kerana Khanasser adalah penutup kepada Aleppo. Pembebasan Khanasser bermakna rejim telah kehilangan Aleppo. Lihat peta. Dengan pembebasan Khanasser (juga dikenali dengan nama Anasartha), rejim tidak lagi boleh memasuki Aleppo. Kesemua jalan utara, selatan, timur dan barat telah dikuasai oleh mujahiddin. Kali ini rejim hanya boleh menyerang melalui udara sahaja.

Dengan penguasaan Khanasser, tentera rejim yang berada al-Safirah, di tengah-tengah kota Aleppo dan juga Nubl terkepung sepenuhnya. Mereka bangga dengan kejayaan mereka menawan al-Qusayr sebuah pekan kecil 6 bulan lepas. Mereka lupa mereka bakal kehilangan sebuah lagi negeri tidak lama lagi. Negeri Aleppo Insya Allah akan jatuh ke tangan mujahiddin sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi menjadikan negeri ke-3 selepas al-Raqqah dan Deir az-Zour.

Kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasukan mujahiddin kita dari Jabhat al-Nusra, Ahrar al-Syam, Liwa al-Tauhid, Liwa Dar'a Jabal, Liwa' Ahfad al-Rosul dan lain-lainnya kerana bekerjasama dan bekerja keras untuk membebaskan Khanasser.
Mereka bukan sahaja membebaskan bandar Khanasser tetapi juga kesemua 'military checkpoint' sekitar Khanasser, membebaskan puluhan kampung-kampung sekitar Khanasser, menawan markas udara, memperolehi ghanimah yang banyak dan berjaya menukarkan 40 tentera rejim dan shabiha kepada bangkai. (Angka rasmi yang menjadi bangkai admin tidak tahu boleh jadi lebih banyak dari 40). Ramai tentera rejim yang lari ke al-Safirah.

Pada waktu berita ini ditulis, mujahiddin kita sebenarnya telah pun mara ke al-Safirah. Rejim telah dikepung sebenarnya. Konvoi rejim tidak lagi mampu membantu mana-mana tentera mereka yang dikepung di Aleppo.

Takbir!!!
Allahu Akbar wa 'izzatulillah

No comments:

Post a Comment