Tuesday, 10 September 2013

Ratusan aktivis berarak ke Rumah Putih mendesak hentikan rancangan untuk menyerang Syria.

AS rancang lebih 50 serangan ke atas Syria  WASHINGTON - UNITED STATES.Pentagon kini dilaporkan sedang giat merancang strategi perang bagi memperkuatkan serangan ke atas Syria, menurut laporan Los Angeles Times, semalam.

Sejak tiga hari lalu, perancang perang sibuk mencari strategi sesuai dan mantap sebelum memulakan serangan untuk menggulingkan tentera rejim Bashar Al Assad.

Menurut laporan, dua pegawai AS sebagai berkata, Rumah Putih akan menambah lebih banyak senarai kawasan serangan berbanding 50 kawasan dipersetujui sebelum ini.

“Perancang Pentagon memutuskan untuk melepaskan tembakan peluru berpandu terlebih dahulu sebelum menggempur ke kawasan kubu kuat rejim Bashar yang tidak didedahkan. Mereka menggunakan pengebom dari  tentera udara serta lima peluru berpandu pemusnah dari tentera laut ketika rondaan di timur Laut Mediterranean. Kami yakin, USS Nimitz mampu menangkis serangan peluru berpandu dari Syria sungguhpun di bantu Rusia,” katanya.

Sementara itu menurut AFP, ribuan rakyat Amerika Syarikat mengutuk tindakan Pentagon meneruskan rancangan menyerang Syria.

Ratusan kumpulan aktivis kemanusiaan dilaporkan berhimpun di luar Rumah Putih bagi mendesak pentadbiran Barack Obama supaya menghentikan rancangan yang disifatkan sebagai tidak menguntungkan malah hanya akan mengakibatkan lebih ramai nyawa terkorban.

No comments:

Post a Comment