Sunday, 13 October 2013

10 maut bedilan tentera Syria


BEIRUT 13 Okt. - Kira-kira 10 orang termasuk wanita dan kanak-kanak maut dalam satu serangan tentera Syria di Daraa.
Ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdul-Rahman berkata, sekurang-kurangnya tiga orang kanak-kanak dan empat orang wanita terbunuh apabila tentera menyerang sebuah bangunan di Daraa.
"Serangan tersebut berlaku lewat semalam,'' katanya.
Pertempuran antara tentera dan penentang Syria semakin meningkat di Daraa sejak kebelakangan ini. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131014/lu_12/10-maut-bedilan-tentera-Syria#ixzz2hhaLhgaD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment