Sunday, 13 October 2013

Ya Allah, ampunilah dan maafilah kami kerana kami tidak mampu membantu dan memberi yang terbaik kepada saudara seaqidah kami di sana.

Ya Allah, ampunilah dan maafilah kami kerana kami tidak mampu membantu dan memberi yang terbaik kepada saudara seaqidah kami di sana.

Saudara seaqidah yang kami sayangi dan rindukan di Syria, Qaboun, Daraya, Hama, Insha'at, maafilah Ummat Islam kerana kami tidak mampu membantu dan menambah baik keadaan di sana.

Pada hari Jumaat (11-10-13), Imam Masjid di Qabon, Syria telah memberi kebenaran kepada muslim di sana memakan kucing dan anjing demi meneruskan hidup kerana kesemua makanan halal telah habis, malah rumput-rumput yang tumbuh di jalanan turut habis. Selama hampir 300 hari pengepungan oleh Syiah laknatullah keatas kawasan Sunni, mereka langsung tidak membenarkan sebarang makanan dan haiwan melepasi kawasan yang dikepung. Syiah menggelar kempen pengepungan itu sebagai "Kelaparan sehingga Sunni sujud kepada Syiah" dan Sunni pula menganggap kempen itu sebagai "Kelaparan sehingga ke Jannah".

Ya Allah, bantulah saudara seaqidah kami di Syria, sesungguhnya kami berusaha, berusaha, dan berusaha mengurangi derita mereka tetapi ternyata usaha begitu minima. Kami disini memperolehi makanan yang baik dan halal, tetapi mereka di sana menderita dengan pelbagai bentuk derita dan hanya kucing dan anjing sahaja dapat mengurangkan derita lapar mereka. Sesungguhnya, hanya kepada Kau kami memohon dan mengharapkan pertolongan. Bantulah mereka ya Allah.

No comments:

Post a Comment