Sempena hari raya Aidil Adha yang lepas, gadis kecil berumur 6 tahun ini telah mengenakan pakaian terbaik yang dia miliki. Dengan senyuman dan penuh kegembiraan Ula menghayunkan buaian..bermain buaian dengan penuh keasyikan. Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, Ula terjatuh tersembam daripada buaian.Ula tidak menjerit dan tidak juga menangis. Tiada kanak-kanak yang lain terjatuh melainkan hanya Ula seorang. Apakah yang telah berlaku sebenarnya? Si ibu menyambung cerita..Semasa di bilik pembedahan, saya fikir Ula hanya terjatuh seperti kanak-kanak biasa yang lain. Dan akan bangun dan sambung bermain dan ketawa semula selepas itu. Pemeriksaan kesihatan dijalankan sepenuhnya. Tetapi tidak juga dapat menerangkan mengapa Ula masih tidak sedarkan diri. Ula masih juga tidak memberikan sebarang tindak balas positif. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk melakukan X-Ray. Ya. Mari kita lakukan X-Ray. Di seluruh tubuh. Termasuk bahagian kepala. Dengan berat hati, doktor memaklumkan akan situasi yang sebenarnya. Hancur luluh hati seorang ibu apabila mendapati sebutir peluru telah terbenam didalam otak si gadis kecil ini. Segalanya terjawab. Hasbunallah wa ni'mal wakil..
Di Syria, masih banyak cerita-cerita seperti Ula setiap hari. Ini bukanlah yang pertama kali dan bukan jugalah yang terakhir kalinya. Janganlah kita berlengah lagi untuk membantu mereka. Jangan biarkan kisah ini berlalu pergi tanpa berbuat apa-apa dan membiarkan kanak-kanak tidak berdosa ini menjadi mangsa seperti Ula.

No comments:
Post a Comment