Friday, 29 November 2013

Enam maut bedilan tentera di Syria


BEIRUT 28 Nov. - Kumpulan penentang dan penyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad bertempur di dua wilayah berhampiran Damsyik ketika bandar Raqa di utara Syria digegarkan dengan serangan peluru berpandu pada awal pagi ini, menyebabkan enam orang terbunuh manakala 30 yang lain cedera.
Menurut Pengarah Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman, pertempuran pertama berlaku di bandar Deir Attiyeh di wilayah Qalamoun, manakala pertempuran kedua tercetus di bandar Marj di Ghouta Timur.
"Kumpulan penentang cuba merampas kembali kedua-dua kawasan tersebut yang kini dikuasai oleh tentera Syria," katanya.
Sementara itu di Raqa, dua wanita antara enam mangsa yang maut akibat terkena serangan peluru berpandu yang dilancarkan dari Damsyik. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131129/lu_07/Enam-maut-bedilan-tentera-di-Syria#ixzz2m6bBN7PE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment