Friday, 29 November 2013

KISAH SEDIH DISEBALIK KEPUNGAN REJIM



'Roti Racun Tikus'

Anak kecil, Mahmoud Ahmed Aladdin disahkan mati kerana memakan roti yang tercemar dengan racun tikus. Akibat dari kesempitan makanan dan terlalu lapar, keluarga Mahmoud terpaksa menggunakan gandum untuk digunakan bagi membuat roti walaupun dikhuatiri telah bercampur dengan racun tikus. 

Tiada apa makanan lagi untuk dimakan oleh keluarga itu, mereka benar-benar terdesak dan kelaparan. Seluruh keluarga ini dilanda keracunan dan anak bongsu keluarga itu, Mahmoud telah syahid manakala yang lainnya mengalami kesan-kesan keracunan seperti keguguran rambut dan lemah anggota badan.

Keadaan mereka diburukkan lagi dengan ketiadaan rawatan disebabkan kesan kepungan oleh tentera rejim dan kumpulan Militia Ahmed Jibril dan Briged Abu al Fadl al Abbas, Hizbullat serta samseng jalanan Nasreen di Kem Yarmouk dan keseluruhan wilayah selatan Damsyik serta pelabuhan-pelabuhan.

Hasbunallah Wa Ni'mal Wakeel


P/s: Gambar sekadar hiasan
 

No comments:

Post a Comment