Kisah dari Dr. Razmin Ghazali (Doktor sukalerawan di Syria)
Malam tadi kami diuji dengan bekalan elektrik yang terputus waktu 2 pembedahan kecemasan sedang dijalankan...dalam kegelapan tu beberapa sukarelawan perubatan menjerit2 minta sesiapa pasangkan lampu. Beberapa anggota mujahidin yang berkawal di sekitar hospital lapangan bergegas cuba hidupkan generator.
Tapi malangnya bekalan minyak habis. Dalam pada itu seorang doktor dari Norway ternampak satu kawasan yang terang benderang. Doktor itu pun arahkan katil pembedahan dan peralatan kecemasan dipindahkan kesitu. Tahu tak cahaya terang itu datang dari mana?
Dari seorang lelaki tua buta yang sedang mengaji Al-Quran sambil menjaga anak saudaranya yang dipotong kaki, terangnya kawasan itu seperti disimbah cahaya bulan penuh, terang sangat walau tiada lampu dan kiri kanannya gelap gelita.
Kawasan yang terang itu boleh menempatkan 2 katil pembedahan dan ruang cukup unttk petugas perubatan yang terlibat. Lebih pelik sewaktu kami perlukan bekalan elektrik untuk hidupkan satu mesin yang diperlukan selepas pembedahan. Salah 1 plug nampak macam menyala lampunya. Seorang jururawat dari Maldives yang terlupa bekalan elektrik sedang terputus terus sambungkan plug tu dan hidupkan suis. Lelaki buta itu berasal dari Homs. Sehari dia mampu khatam Al-Quran sekali. Setiap hari dia khatam Al-Quran. Maha Suci Allah.
Dengan kuasa Allah peralatan tu menyala. Sampai pembedahan selesai kami macam bingung sekejap. Selepas itu baru tertanya-tanya macamana peralatan itu boleh menyala. Kawasan itu boleh terang benderang.
Terlalu banyak perkara yang ajaib berlaku di sini. Mungkin ini sebabnya para doktor yang masih di sini ada yang tak nak balik walaupun dah ada kehidupan yg sangat selesa di negara sendiri.
Bak kata seorang mujahidin dari Bosnia "Macam dah ternampak2 taman syurga"
Saat mula-mula menjejakkan kaki ke Homs memang kawasan itu sudah musnah teruk, tetapi satu rasa nyaman masuk dalam jiwa, sangat ajaib.
Semalam ada seorang budak perempuan. Namanya Somaiyah. Umur 7 tahun. Dia tanya pada seorang sukarelawan, "kenapa menangis?". Sukarelawan itu kata sebab sedih Somaiyah dah tidak ada ibu-bapa. Somaiyah membalas "awak silap. Disisi Allah ayah dan ibu saya masih hidup, mereka bahagia dan mulia".
Sahabat, Allah mahu tunjukkan Al-Quran itu mampu memberi cahaya. Di dunia lagi Allah dah tunjukkan. Apa lagi di akhirat sana.
No comments:
Post a Comment