Tuesday, 24 December 2013

Serangan 8 hari ragut 300 nyawa

2013/12/24
Beirut: Pesawat pejuang tentera Bashar membunuh lebih 300 orang termasuk 87 kanak-kanak dalam kempen pengeboman lapan hari di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di wilayah Aleppo.

“Dari 15 hingga 22 Disember, 301 orang terbunuh, termasuk 87 kanak-kanak, 30 wanita dan 30 anggota penentang,” kata Pemerhati Hak Kemanusiaan Untuk Syria.


Tentera Presiden Bashar al-Assad didakwa menuduh menggugurkan tong dipenuhi dengan bahan letupan dalam usaha untuk melemahkan semangat penyokong penentang dan membangkitkan kemarahan penduduk terhadap mereka.

Sumber keselamatan Bashar semalam memberitahu media yang tentera menggunakan taktik itu kerana kekurangan anggota di medan tempur.


Mereka mendakwa, jumlah kematian yang tinggi disebabkan penentang berlindung di kawasan awam.


Aleppo terbahagi kepada dua sejak tentera Bashar melancarkan serangan besar-besaran pada musim panas 2012.

Kumpulan pemerhati pula menuduh tentera kerajaan menggunakan senjata dan taktik yang gagal membezakan orang awam dengan penentang, menyebabkan jumlah kematian yang tinggi.

Kelmarin kumpulan utama pembangkang, Gabungan Kebangsaan menggesa Barat melaksanakan zon larangan terbang bagi menghentikan serangan seumpama itu.

“Sehingga pesawat pejuang tentera Bashar dilarang terbang, bencana kemanusiaan, ketidakstabilan negara dan keganasan hanya akan berterusan,” kata penasihat kepada presiden gabungan itu, Munzer Aqbiq.- AFP


3 comments:

  1. wahai penyokong syiah, anda akan terbabit sama kerana menyokong golongan kafir syiah syria yg kejam ini.

    bersedialah utk ke neraka bersama mereka yg zalim itu. amiiinnn.

    ReplyDelete
  2. kpd org bodoh yg masih syok kt iran syiah konon berani lawan amerika dn israel.... berapa ramai telah hezbosyaitan iran bunuh israel dn US? berapa ramai dh mereka sertai jihad dan syahid seperti pejuang sunni?

    mereka telah membunuh ratus ribu umat sunni dgn cara yg pengecut dan dayuz seperti seekor khinzir.

    taubatlah dpd syiah wahai org melayu. kenapa kamu kafir setelah beriman? bagaimana kamu boleh kufur setelah terang dn jelas petunjuk Allah kpd kamu? apakah selama ini kamu berjuang bkn kerana Allah tapi kerana nafsu dan kelebihan dunia maka kamu sanggup sekongkol dgn iran syiah hezbisyaitan laknatullah semua tu?

    sia2 lah mereka yg berjuang atas nama agama tp memilih dunia semata2. nerakalah tempatnya.

    ReplyDelete
  3. orang syiah anggap depa pandai, padahal bodo tongong.

    ReplyDelete