Malah, sebahagian wanita bertindak melacur, untuk mendapatkan makanan, menurut penduduk yang dihubungi menerusi Internetk.
Pelarian Palestin di kem berkenaan dikepung tentera rejim Syria sejak awal Jun tahun lalu.
“Ramai di sini yang terpaksa membunuh dan memakan kucing dan anjing. Malah ada yang memakan keldai, kata seorang penduduk Yarmuk, Ali, pelajar sebuah universiti ketika revolusi Syria meletus pada 2011.
“Ramai di sini yang terpaksa membunuh dan memakan kucing dan anjing. Malah ada yang memakan keldai, kata seorang penduduk Yarmuk, Ali, pelajar sebuah universiti ketika revolusi Syria meletus pada 2011.
SUKARELAWAN mengusung penduduk yang tenat untuk dipindahkan dari kem pelarian Palestin di Yarmuk, baru-baru ini.
“Seorang lelaki yang terpaksa membunuh anjing untuk makan tidak menjumpai daging pada haiwan itu kerana anjing di sini juga kebulur. Apa yang tidak dapat dibayangkan beberapa bulan lalu, sudah menjadi kebiasaan hari ini,” katanya.
Kepungan secara menyeluruh merangkumi keluasannya yang hanya lebih dua kilometer persegi yang dilakukan tentera menyekat semua sumber daripada sampai kepada penduduk Yarmuk.
Kini, selepas tujuh bulan kepungan dilakukan, semua sumber makanan dan ubat-ubatan sudah merosot teruk sehingga menyebabkan harga makanan melambung tinggi. Beras satu kilogram dijual dengan harga lebih AS$100 (RM332).
“Keadaan terlalu mendesak sehinggakan wanita sanggup menjual maruah kepada lelaki yang mempunyai makanan, demi sesuap nasi. Bayangkan bagaimana perasaan seorang ayah yang tidak dapat memberikan makanan sedangkan anaknya meraung kelaparan,” kata Ali.
Kebanyakan penduduk sudah berpindah tetapi menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih ada 18,000 lagi yang tinggal.
Akibat kekurangan bekalan makanan, 78 termasuk 25 wanita dan tiga kanak-kanak mati kebuluran kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
Daripada jumlah yang dilaporkan, 61 orang mati sejak tiga bulan lalu.
Yarmuk yang asalnya sebuah kem pelarian, berubah menjadi kawasan perumahan dan pusat komersial didiami penduduk warga Palestin dan Syria sebelum perang saudara meletus.
Pada 2011, Yarmuk menjadi penempatan kepada 150,000 rakyat Palestin yang berdaftar di Syria.
Apabila perang tercetus dan merebak ke Damsyik pada musim panas 2012, ribuan penduduk dari seluruh pelusuk negara membanjiri Yarmuk untuk berlindung menyebabkan populasinya meningkat secara mendadak.- AFP
No comments:
Post a Comment