Sedikit peringatan buat Golongan Syiah dan Kawarij. Ahlu al Sunnah sama sekali tidak terlibat dalam kenyataan ini.
Kehadiran kalian di page SyriaCare sangat dialu-alukan seperti mana kami berbesar hati berkongsi berita gembira mahupun sebaliknya bersama Ahlu al Sunnah. Kami bekerja keras di sebalik kekangan faktor masa dan tenaga kerja untuk membawa berita benar secepatnya dari Bumi Syam dengan harapan kita sama-sama dapat menyelami kepayahan mereka berjuang di sana.
Walaubagaimanapun, kami mempunyai hak memadam sebarang komen berbaur cacian, umpatan dan lebih dahsyat fitnah terhadap muslim yang lain seperti menggelar mereka 'Kafir' atau menyebar berita palsu daripada link halaman lain dengan niat mengambil nama atas kemenangan pihak lain serta membersihkan nama Syiah dan Kwarij.
Kalian berhak sepenuhnya menyebarkan Fitnah, umpatan, atau cacian di halaman yang dibina kalian tetapi sama sekali TIDAK dibenarkan untuk melakukan sedemikian di halaman kami. Kami berhak menyiarkan kenyataan kami seperti mana kalian berhak berlaku sedemikian di halaman kalian dan kami tidak sesekali akan menyerang dan jauh sekali mengkritik di halaman kalian.
Setiap Muslim harus ingat, tidak ada manfaatnya pujian daripada manusia apabila perkara itu menimbulkan kemurkaanNya. Pujian manusia tidak akan menjadikan kita kaya mahupun panjang umur. Begitu juga, celaan mereka. Celaan mereka tidak akan memendekkan umur serta mengurangkan rezeki. Hanya pujian di mata Allah Azza wa Jalla yang kami dambakan.
Sesiapa yang merasakan tidak wajar Admin 'Ban' Facebook mereka dari halaman ini dipersilakan 'inbox' kami untuk menjadi sebahagian daripada kami semula. Cuma satu syarat kami tetapkan iaitu tiada lagi penipuan dan celaan di halaman ini.
Semoga kita menjadi orang yang takut kepada Allah dengan tidak mudah menuduh orang lain tanpa bukti dan dapat bersikap bijaksana saat dilemparkan fitnah. InsyaAllah. Sama-sama kita ingat mengingati.

No comments:
Post a Comment