Beirut: Tentera rejim Syria didakwa menggunakan bom berangkai baru yang belum pernah digunakan dalam konflik negara itu.
“Tindakan tentera rejim Bashar al-Assad masih menggunakan senjata larangan ke atas rakyatnya sangat mengejutkan,” kata pengarah bahagian senjata HRW, Steve Goose.
“Bom berangkai itu membunuh rakyat Syria dan mengancam generasi Syria akan datang,” katanya.
Penggunaan bom berangkai diharamkan oleh 113 buah negara.
Menurut sumber, penggunaan senjata berkenaan menjadi kontroversi kerana ia tidak mengira mangsa dan letupannya boleh menjangkau jarak yang luas dan terus mengancam nyawa walaupun selepas lama digugurkan.
Di samping itu, lebih 140,000 orang terkorban di Syria sejak konflik tercetus pada Mac 2011. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20
Kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) dalam laporannya semalam berkata gambar yang dirakam selepas serangan terbaru di pusat bandar Hama menunjukkan tentera yang setia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad menggunakan bom berangkai jenis 300 mm 9M55K buatan Russia.
Senjata berkenaan dikenal pasti mula digunakan pada 12 dan 13 Februari dalam serangan yang membunuh dua orang awam dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 yang lain.
Kumpulan berkenaan memberi amaran, bom berangkai yang digunakan kali ini tiga kali lebih besar berbanding yang sebelumnya dan akan meningkatkan kadar korban orang awam di negara itu.

SEORANG kanak-kanak Syria duduk bersebelahan dengan mayat seorang remaja yang sudah berkafan di Aleppo, utara Syria, semalam.
“Tindakan tentera rejim Bashar al-Assad masih menggunakan senjata larangan ke atas rakyatnya sangat mengejutkan,” kata pengarah bahagian senjata HRW, Steve Goose.
“Bom berangkai itu membunuh rakyat Syria dan mengancam generasi Syria akan datang,” katanya.
Penggunaan bom berangkai diharamkan oleh 113 buah negara.
Menurut sumber, penggunaan senjata berkenaan menjadi kontroversi kerana ia tidak mengira mangsa dan letupannya boleh menjangkau jarak yang luas dan terus mengancam nyawa walaupun selepas lama digugurkan.
Di samping itu, lebih 140,000 orang terkorban di Syria sejak konflik tercetus pada Mac 2011. - AFP
No comments:
Post a Comment