BEIRUT 19 Feb. - Human Rights Watch (HRW) hari ini mendakwa, kerajaan Syria melancarkan serangan menggunakan bom roket berangkai baharu yang sebelum ini tidak pernah digunakan dalam konflik berdarah itu.
Badan hak asasi itu menyatakan, gambar yang diambil dalam serangan terbaharu di bandar Hama mencadangkan kerajaan melancarkan roket 300mm 9M55k buatan Rusia dan mampu membawa berpuluh-puluh bom.
Menurut HRW, roket tesebut dikenal pasti digunakan dalam serangan pada 12 dan 13 Februari lalu yang menyaksikan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 10 orang cedera.
Badan hak asasi tersebut memberi amaran, roket itu tiga kali ganda besar berbanding bom berangkai lain yang digunakan oleh tentera Syria dan boleh membunuh lebih ramai mangsa. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140220/lu_09/Syria-guna-bom-kluster-baharu#ixzz2toAwoI7J
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment