BEIRUT 4 Mei - Kira-kira 60,000 penduduk di timur Syria terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing ekoran pertempuran antara dua kumpulan penentang kerajaan Syria di beberapa buah bandar.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria semalam berkata, sayap al-Qaeda di Syria, Barisan Nusra mengambil alih bandar beberapa buah bandar daripada bekas sekutunya, Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).
Menurut badan itu, sekurang-kurangnya 62 anggota daripada kedua-dua kumpulan tersebut terbunuh dalam pertempuran selama empat hari yang menyaksikan bandar Abreeha, al-Busayrah dan al-Zir yang mempunyai penduduk berjumlah lebih 60,000 orang terpaksa melarikan diri.
Anggota kumpulan-kumpulan itu bertindak membakar rumah di bandar terbabit.
seorang gadis muda terbunuh terkena serangan mortar dalam pertempuran tersebut.
Bandar-bandar berkenaan kini lenggang ekoran pertempuran antara kedua-dua kumpulan penentang kerajaan itu'' jelas agensi tersebut.
ISIL dan Barisan Nusra sering bertempur bagi merebut lapangan minyak dan kedudukan strategik di Deir al-Zor, kawasan gurun yang bersempadan dengan Iraq.
Badan itu berkata, beratus-ratus pelarian dilaporkan tiba di Turki, namun kebanyakan mereka mencari perlindungan di kawasan lain di wilayah Deir Ezzor. - REUTERS/AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140505/lu_07/2-kumpulan-penentang-di-Syria-bertempur#ixzz30qyKLPU9
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment