Anggota Briged Islam Aleppo dan Ahrah al-Sham menolak pesawat MIG ke ruang penyimpanan. |
Pemerhati Hak Asasi Manusia Antarabangsa bagi Sria berpangkalan di Britain melaporkan, serangan terbabit mengorbankan 33 penduduk awam.
“Pesawat tempur rejim melepaskan bom barrel di pasar Halak. Kejadian itu menyebabkan orang ramai lari bertempiaran,” kata seorang aktivis Abu Faisal.
Menurutnya, kejadian itu juga menyebabkan dua bangunan berhampiran ranap dan beberapa yang lain terbakar.
Sementara itu, Tentera Pembebasan Syrai (FSA) mendedahkan video menunjukkan pasukan mereka merampas sebuah pesawat pejuang rejim di utara Aleppo pada April tahun lalu.
Rakaman turut memaparkan, sekumpulan ahli sayap FSA dari Briged Islam Aleppo dan Ahrah al-Sham memandu pesawat MIG buatan Rusia itu di lapangan terbang tentera di Jaarah.
Difahamkan, pesawat berkenaan tersadai di lapangan terbang tersebut akibat kehabisan minyak. - Al Arabiya
No comments:
Post a Comment