Tuesday, 24 June 2014

Israel serang 9 kedudukan tentera Syria di Bukit Golan


Tentera Israel membawa peluru meriam kereta kebalnya yang terletak berhampiran pusat pemeriksaan Quneitra di sempadan Syria, pada Ahad lalu. - AFP
BAITULMAQDIS 23 Jun - Pesawat perang Israel menyerang sembilan kedudukan tentera Syria di Bukit Golan selepas sebuah peluru berpandu Syria membunuh seorang remaja dan mencederakan dua awam lain di kawasan lembah tersebut yang dikawal rejim Zionis itu.
Sekurang-kurangnya 10 askar Syria dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel itu.
Seorang jurucakap tentera Israel hari ini berkata, pesawat perang Israel menyerang sembilan kedudukan tentera Syria sebagai tindak balas terhadap serangan yang dimulakan dari Syria yang mengakibatkan seorang remaja Israel terbunuh dan dua orang awam lain cedera.
Tentera Israel berkata, kejadian semalam menyaksikan peluru berpandu antikereta kebal Syria mengenai sebuah kereta Kementerian Pertahanan Israel, kejadian paling serius di garisan gencatan senjata sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011.
"Antara sasaran serangan udara itu ialah ibu pejabat tentera Syria dan lokasi pelancaran,’’ kata tentera Israel.
Ia merupakan pengakuan kedua rejim Zionis itu menyerang sasaran di Syria dalam tempoh tiga bulan.
Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon dalam satu kenyataan berkata, Presiden Syria, Bashar al-Assad dan tentera Syria bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang berlaku dari kawasan mereka dan pihaknya akan terus mempertahankan diri daripada sebarang provokasi.
"Terdapat peningkatan serangan ke atas Israel dari Syria dan saya berikrar akan mengambil tindakan kekeras an ke atas sesiapa yang cuba menyerang orang awam dan askar Israel,’’ katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140624/lu_07/Israel-serang-9-kedudukan-tentera-Syria-di-Bukit-Golan#ixzz35VKpdOon
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment