Tuesday, 24 June 2014

Senjata kimia Syria terakhir dipindahkan


THE HAGUE 24 Jun - Senjata kimia Syria yang terakhir telah dibawa keluar dari Syria dan sedang dalam perjalanan untuk dimusnahkan, lapor pemerhati semalam.
"Kapal yang membawa senjata kimia berkenaan telah meninggalkan pelabuhan Latakia untuk memindahkan bahan-bahan berbahaya dalam program pemusnahan senjata kimia Syria," kata Ketua Pengarah Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), Ahmet Uzumcu.
Sebelum ini, Syria telah memindahkan kira-kira 92 peratus stok senjata kimia di bawah persetujuan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu.
Namun sebanyak lapan peratus bahan senjata itu tidak dapat dipindahkan ke pelabuhan Latakia ekoran masalah keselamatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140624/lu_02/Senjata-kimia-Syria-terakhir-dipindahkan#ixzz35VK6TkcW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment