Ribuan penduduk di Ain al-Arab melarikan diri ke sempadan Turki. Foto: AFP |
BEIRUT - Sekurang-kurangnya 18 pejuang kumpulan Negara Islam (IS) terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Kurdish di utara Syria, semalam. Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, seramai 18 pejuang termasuk seorang daripada mereka adalah warga China terbunuh dalam pertempuran berhampiran bandar Ain al-Arab. Difahamkan, IS dapat merampas 60 kampung puak Kurdish berhampiran sempadan Turki dalam tempoh dua hari sejak serangan berganda dilancarkan di Ain al-Arab. "Pertempuran di kawasan itu menyebabkan ribuan penduduk melarikan diri ke Turki, selepas sempadan negara itu dibuka sejak Jumaat lalu lapor Al Arabiya. Sementara itu, stesen televisyen Islam menganjurkan kempen global untuk menentang kemaraan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL). Kempen bertajuk ISIL, the ignorance of the Kharijites, and penetrating the intelligence disiarkan di lebih 25 saluran tv satelit bermula petang kelmarin termasuk seluruh Arab Saudi selama seminggu.Saluran Saudi, Iqraa dan stesen Mesir Al-Rahma juga mengambil bahagian dalam usaha terbabit untuk menerbitkan beberapa dokumentari berkaitan asal usul dan sokongan gerakan ini.
No comments:
Post a Comment