Monday, 29 September 2014

Al-Nusra nak balas dendam


Kumpulan itu yang ada hubungan dengan al-Qaeda semalam menyuarakan hasrat mereka untuk membalas dendam ke atas negara Barat dan Arab yang menyertai serangan itu. 
Jurucakap kumpulan itu berkata: “Kita dalam peperangan yang panjang ketika ini. Ia tidak akan berakhir dalam masa sebulan atau setahun. Peperangan ini akan berterusan hingga berabad-abad. 

“Ia bukan perang ke atas al-Nusra tetapi perang terSanilufra: Serangan udara yang dilancarkan ke atas satu lagi pusat penapisan minyak yang dikuasai kumpulan Negara Islam (IS) berhampiran sempadan Turki menggegarkan kawasan berkenaan awal pagi semalam.
Foto
SEORANG lelaki melintasi pangkalan Barisan al-Nusra di Aleppo, Syria, yang musnah dibom dalam serangan udara yang diketuai AS, Sabtu lalu.

Menurut saksi, Mehmet Ozer, letupan akibat serangan yang dipercayai dilancarkan pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) itu menerangi ruang udara bandar Tel Abyad kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/29

No comments:

Post a Comment