BEIRUT 12 Sept. - Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak adalah antara 42 orang yang terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Syria di kawasan yang dikuasai pemberontak berhampiran Damsyik, semalam.
Pertubuhan Badan Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, serangan itu menjadikan bandar Douma dan Ghouta di timur bandar ini sebagai sasaran.
Kumpulan pemantau berpangkalan di Britain itu menjangkakan angka korban akan terus meningkat dan ramai yang cedera dalam serangan itu.
Tentera Presiden Bashar al-Assad telah mengepung kubu pemberontak di Douma lebih setahun lalu dan beberapa minggu kebelakangan ini telah meningkatkan serangan ke atas kumpulan militan Negara Islam (IS) yang menguasai wilayah utara dan timur Syria. - DPA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140913/lu_09/Serangan-udara-di-Syria-42-terkorban#ixzz3D90yyMzp
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment