Kepulan asap kelihatan di sebuah bangunan di bandar Kobane yang menjadi markas kumpulan IS di Syria. |
Kumpulan penentang Syria, Ahrar al-Sham dalam satu kenyataan berkata, serangan lewat malam itu turut memusnahkan salah satu pangkalannya di kawasan tersebut.
Memetik laporan Press TV, serangan turut disasarkan ke atas Barisan al-Nusra selepas kumpulan itu menumpaskan pejuang barisan Revolusi Syria yang disokong negara Barat di wilayah Idlib, barat laut Syria.
Dalam perkembangan berkaitan, tentera Iraq dilaporkan menyerang kedudukan Kumpulan Negara Islam (IS) di Anbar dan Salahuddin yang terletak di utara Baghdad.
Menurut jurucakap tentera, serangan tersebut mengakibatkan beberapa anggota IS terbunuh dan berundur dari kawasan yang kaya dengan sumber minyak itu.
No comments:
Post a Comment