26 Mac 2015
IS Kanak-kanak yang direkrut IS menerima latihan ketenteraan di sebuah kem di wilayah utara, al-Raqqah di Syria.
DAMSYIK - SYRIA. Kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria (SOHR) mendakwa kumpulan militan IS telah merekrut sekurang-kurangnya 400 kanak-kanak dari negara itu sejak Januari lalu selain turut mendedahkan mereka dengan latihan ketenteraan yang ekstrem.
"Kesemua mereka dipercayai berumur di bawah 18 tahun dan kebanyakan daripada budak tersebut 'diculik' dari bandar al-Mayadin dan al-Bukamal berhampiran sempadan Iraq," menurut laporan kumpulan tersebut.
Menurut kumpulan itu lagi, sebahagian besar ibu bapa juga dipaksa menghantar anak mereka ke kem latihan, di mana kesemua kanak-kanak terbabit diperdaya dengan kemewahan termasuk wang, senjata dan kereta.
Dalam perkembangan lain, tentera Iraq bersama angkatan kumpulan bersenjata dilaporkan telah bersiap sedia untuk melancarkan operasi terakhir bagi merampas semula bandar Tikrit di utara wilayah Salahuddin yang kini dikuasai IS.
Jurucakap kumpulan tersebut, Karim al-Nuri memaklumkan, mereka yakin dapat menawan bandar kelahiran Saddam Hussein itu dalam tempoh empat hari. - Press TV
No comments:
Post a Comment