Kanak-kanak ini menerima rawatan selepas cedera dalam serangan udara yang dilancarkan di timur Damsyik pada minggu lalu. Foto: AFP |
Menurut laporan Reuters, Setiausaha Agungnya, Ban Ki-moon memaklumkan kekurangan akauntabiliti ketika perang saudara yang tercetus selama empat tahun itu telah membawa kepada peningkatan dalam jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pencabulan hak asasi manusia.
"Kita perlu terus membantu penduduk Syria dan tidak menjadikan ancaman IS sebagai alasan untuk tidak lagi mempedulikan konflik yang masih berterusan di negara itu," katanya.
Menurutnya, kira-kira empat juta penduduk Syria terpaksa menjadi pelarian manakala 7.6 juta lagi kehilangan tempat tinggal selepas krisis itu tercetus pada 2011.
"Usaha untuk menghantar bekalan bantuan juga sangat mencabar. Situasi keselamatan yang tidak menentu itu menyebabkan hanya sebahagian daripada 4.8 juta penduduk mendapat bantuan diperlukan.
"Kawalan yang ketat mengakibatkan bekalan ubat-ubatan dan peralatan sukar dihantar ke Syria," jelasnya lagi.
Susulan daripada itu, PBB memohon bantuan antarabangsa untuk menyalurkan dana berjumlah kira-kira AS$8.4 bilion (RM31 bilion) untuk bantuan kemanusiaan ke Syria.
No comments:
Post a Comment