Wednesday, 18 March 2015

Kurdis siasat dakwaan serangan senjata kimia IS

SEORANG pejuang Peshmerga meletakkan bendera Kurdis sebagai tanda menolak penguasaan wilayah IS, 20 kilometer barat daya Kirkuk. - Foto ihsan Getty Images

IRBIL, Iraq: Pegawai Kurdis di Iraq sedang menyiasat kemungkinan dua lagi serangan senjata kimia oleh kumpulan IS ketika pihak berkuasa Iraq menangguh serangan bagi menawan semula bandar kelahiran Saddam Hussein, Tikrit.
Dakwaan mengenai dua serangan senjata kimia itu kelihatan sama seperti yang didakwa oleh pegawai Kurdis bahawa makmal bebas mengesahkan militan IS menggunakan gas klorin dalam serangan nekad terhadap pasukan Peshmerga pada 21 Januari lalu.
Bagaimanapun, dakwaan mereka itu tidak disahkan badan antarabangsa.
Sebelum ini, pegawai Iraq dan Kurdis yang bertempur di Syria membuat dakwaan sama bahawa militan IS menggunakan senjata kimia gred rendah terhadap mereka.
IS yang menguasai satu per tiga Syria dan Iraq, belum mengulas mengenai dakwaan itu. - AP

No comments:

Post a Comment