Penduduk membantu menyelamatkan mangsa yang tertimbus dibawah runtuhan bangunan akibat serangan jet tentera Syria di bandar Douma, Jumaat lalu. AFP
DOUMA 16 Mac – Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh termasuk tujuh kanak-kanak, manakala lebih 100 orang penduduk lagi cedera dalam serangan udara oleh tentera Syria ke atas bandar Douma berhampiran ibu negara Damsyik, semalam.
Serangan ke atas bandar Douma di timur laut Damsyik berlaku ketika perang saudara di Syria memasuki tahun kelima dan jumlah korban dilaporkan melebihi 215,000 orang.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, jet pejuang kerajaan melancarkan beberapa serangan ke atas Douma dengan jumlah kematian dijangka meningkat ekoran ramai yang mengalami cedera parah.
Douma merupakan kubu kuat penentang kerajaan di Ghouta Timur yang menjadi sasaran pengeboman tentera udara sejak beberapa bulan lalu.
Kawasan itu dikepung tentera kerajaan sejak hampir dua tahun lalu dalam usaha mereka menumpaskan penentang kerajaan di kawasan itu.
Pihak penentang dilapor sering melancarkan serangan peluru berpandu ke Damsyik dari bandar tersebut. – AFP
No comments:
Post a Comment