Tentera Lubnan berkawal di sekitar sempadan Syria berikutan jumlah militan yang semakin ramai di negara itu. |
BEIRUT - LUBNAN. Seorang anggota kanan kumpulan militan IS telah ditahan di Lubnan semasa menggunakan pasport palsu, menurut pegawai pasukan keselamatan, semalam.
"Ibrahim al-Barakat, 40, diberkas awal pagi kelmarin dan dituduh sebagai ejen yang merekrut anggota baharu bagi kumpulan terbabit," katanya.
Menurutnya lagi, penahanan Barakat dibuat ketika dia cuba untuk melakukan perjalanan ke Turki melalui utara Lubnan dengan menggunakan dokumen palsu.
Press TV melaporkan selain didakwa menyerang unit tentera Lubnan tahun lalu, dia juga menghadapi tuduhan melatih anak muda dari Tripoli, iaitu bandar terbesar di negara itu, untuk berjuang dengan militan Syria dan Iraq.
Sejak beberapa bulan lalu, Lubnan menyaksikan peningkatan jumlah militan di sempadan Syria dan berdepan serangan dari sekutu al-Qaeda serta IS sejak krisis bermula empat tahun lalu.

No comments:
Post a Comment