KUWAIT – Kuwait mendakwa berjaya membongkar rangkaian Islamic State (IS) yang berperang di Iraq dan Syria selepas menahan beberapa anggota kumpulan militan itu, kata Kementerian Dalam Negeri semalam.
Anggota kumpulan tersebut termasuk lima warga Kuwait, kata kenyataan kementerian terbabit yang dipetik oleh agensi berita rasmi KUNA.
“Individu-individu terbabit mengaku diajar ‘sains organisasi pengganas’ dan latihan ketenteraan. Mereka terlibat dalam operasi peperangan di Syria dan Iraq,” ujar kenyataan tersebut.
Negara Teluk telah melancar satu tindakan besar-besaran terhadap militan IS selepas serangan pada 26 Jun apabila pengebom berani mati Arab Saudi meletupkan dirinya dalam masjid Syiah dan mengorbankan 26 orang.
Kerajaan Kuwait mengisytiharkan mereka kini berperang melawan militan tersebut sambil menegaskan bahawa pengeboman itu adalah rekod serangan militan paling buruk di Kuwait selain bertujuan mencetuskan perselisihan di negara majoriti Sunni.
Sumber Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun memberitahu Reuters bahawa individu yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut tidak terlibat dalam serangan pada 26 Jun lalu dan diklasifikasikan sebagai kes berasingan. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3hPozHRUn
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment