Athens: Sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak lemas apabila tiga bot yang sarat dengan pelarian karam ketika dalam perjalanan dari Turki ke Greece.
Sembilan pelarian dewasa juga lemas sebelum pasukan penyelamat Greece serta Turki tiba dan menyelamatkan 157 mangsa yang berada dalam laut.
Kejadian itu berlaku berhampiran Pulau Kalymnos dan Rhodes di Greece dengan 22 pelarian lemas, termasuk 13 kanak-kanak apabila dua bot karam malam tadi.
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 138 orang dan masih mencari mangsa lain yang hilang.
Di utara, wakil AFP menyaksikan sendiri pelarian memanjat ke atas bumbung bot yang hampir karam dekat Kepulauan Lesbo, hari ini.
Mayat seorang kanak-kanak pelarian yang lemas terdampar di pantai selepas bot kayu dinaiki lebih 150 pelarian karam dekat kepulauan Lesbo, malam tadi. - Foto Reuters |
Mayat budak perempuan dibungkus dengan selimut antara 17 kanak-kanak pelarian yang mati lemas selepas bot mereka karam ketika dalam perjalanan dari Turki ke Greece. - Foto Reuters |
Anggota penyelamat Sepanyol berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak dekat kepulauan Lesbo. - Foto AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89567#sthash.abGseaKS.dpuf
No comments:
Post a Comment