Saturday 31 October 2015

40 korban serangan roket

Beirut: Empat puluh orang terbunuh apabila roket yang dibedil tentera kerajaan Syria jatuh di pasar di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di luar Damsyik, semalam.
“Kira-kira 40 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 100 yang lain cedera di tengah Douma,” kata kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria Rami Abdel Rahman, merujuk kepada bandar di timur ibu negara Syria.
Menurutnya, pertempuran sengit masih berlaku di kawasan berkenaan petang semalam, membabitkan bedilan roket dan mortar.
Dia berkata, jumlah kematian dijangka meningkat memandangkan ramai lagi mangsa belum dikeluarkan dari bangunan yang hampir musnah.
Douma yang dikuasai kumpulan penentang terletak di Ghouta Timur, kawasan terbesar yang dikuasai mereka di wilayah Damsyik.
Kelmarin, serangan tentera kerajaan yang menyasarkan sebuah hospital dan pasar meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, kata kumpulan berkenaan.
Menurut Rami, serangan semalam berlaku ketika penduduk berkumpul di pasar berkenaan.
Katanya, Douma ialah antara kawasan di Syria yang mencatatkan angka kematian tertinggi sejak perang di negara itu meletus.
Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad sering menyasarkan bandar itu dengan roket, meriam dan serangan udara.
Ogos lalu, 117 orang terbunuh dalam satu serangan udara di bandar itu.
Lebih 250,000 orang terbunuh sejak konflik bermula pada Mac 2011.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Oktober 2015 @ 7:48 AM


PENDUDUK cuba mengenal pasti mayat anggota mereka yang terbunuh.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89649#sthash.SJ6U3VCd.dpuf

No comments:

Post a Comment