Monday, 5 October 2015

AS pertikai kejujuran Rusia selesai isu Syria


SEORANG remaja membawa bekalan roti di kawasan bandar Latamneh iaitu lokasi serangan tentera udara Rusia di utara Hama, Syria semalam. - REUTERS


WASHINGTON – Pegawai-pegawai di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menggesa anggota tentera Rusia melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Islamic State (IS) di Syria dan bukan menuju sasaran kepada penentang Presiden Syria, Ba­shar al-Assad.
Ketegangan antara AS dan Rusia dilihat bertambah buruk apabila Rusia melancarkan serangan udara secara terang-terangan untuk memperkukuhkan kekuatan Bashar dengan memberi tumpuan kepada pemberontak termasuk sekutu AS berban­ding menyerang pejuang IS.
“Apa yang penting, Rusia tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti ke atas sesiapa sebaliknya kumpulan IS. Kami telah membuat pendirian dengan jelas,” kata Setiausaha AS, John Kerry.
Setiausaha akhbar White House, Josh Earnest pula menyifatkan operasi serangan udara Rusia sebagai operasi ketenteraan secara rambang ke atas penentang Syria.
“Kami masih belum memberi jaminan keselamatan dan perlindungan kepada serangan itu memandangkan rundingan mengenai perkara itu baharu diadakan semalam,” kata Kerry.
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Rusia berkata, serangan yang berlangsung lebih 24 jam telah menyebabkan kerosakan atau kemusnahan 12 kawasan milik pejuang IS di Syria.
Seorang jurucakap tentera AS di Baghdad, Kolonel Steve Warren sebalik­nya berkata, tiada sebarang penunjuk bahawa Rusia berjaya menyerang IS. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3neAHfH90 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment