Monday, 5 October 2015

Russia buat kesilapan besar: Turki


Istanbul: Kempen pengeboman Russia di Syria adalah kesilapan besar dan sokongannya terhadap rejim di negara itu akan diadili oleh sejarah, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, semalam.

“Langkah yang diambil Russia dan kempen pengeboman di Syria tidak boleh diterima oleh Turki. Russia melakukan kesilapan yang besar,” kata Recep kepada wartawan di Istanbul sebelum berlepas untuk lawatan ke Perancis.


Menurutnya, Turki risau dengan tindakan Russia itu.

“Kempen serangan udara yang dilancarkan Moscow di Syria, kononnya untuk menghapuskan militan Negara Islam (IS) akan menyebabkan Russia dipinggirkan dari rantau itu.

“Apa yang hendak dicapai oleh Russia?” tanya Recep.

Russia dan Turki sudah sekian lama bertentangan pendapat mengenai Syria dengan Moscow muncul sebagai penyokong utama Presiden Bashar al-Assad di peringkat antarabangsa sementara Ankara melihat penyingkiran pemimpin Syria itu sebagai penyelesaian kepada konflik di negara berkenaan.

Russia mula melancarkan serangan udara di Syria minggu lalu dengan mendakwa ia hanya menyasarkan IS.

Bagaimanapun, Turki dan sekutu Baratnya berkata, serangan itu juga menyasarkan penentang Bashar yang berfahaman sederhana dan orang awam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 5:07 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82416#sthash.fljMt06g.dpuf

No comments:

Post a Comment