JUMAAT, 16 OKTOBER 2015 @ 10:20 AM
BRUSSELS: Campur tangan ketenteraan Russia di Syria tidak akan menyelamatkan Presiden Bashar al-Assad, kata Presiden Perancis, Francois Hollande, selepas sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) menggesa peralihan kuasa kepada pemimpin baharu.
"Campur tangan Russia daripada satu sudut boleh memperkukuhkan pihak rejim tetapi ia tidak akan menyelamatkan Bashar," kata Hollande pada sidang media selepas sidang kemuncak itu di Brussels.
No comments:
Post a Comment