RABU, 28 OKTOBER 2015 @ 9:58 AM
STOCKHOLM: Sekumpulan migran di Sweden enggan turun dari bas dan mempertikaikan keputusan pihak berkuasa membawa mereka ke penempatan sementara di kawasan yang terpencil dan sangat sejuk.
Lebih 60 orang warga Syria dan Iraq dibawa dengan bas ke Limedsforsen, bandar di sempadan dengan Norway, untuk ditempatkan di sebuah perkampungan dan tinggal dalam chalet kayu sementara tuntutan suaka mereka diproses.
Bagaimanapun, kira-kira sepertiga mereka berkesan enggan turun dari bas apabila mendapati mereka dalam hutan berpuluh-puluh kilometer dari bandar terdekat. Sebaliknya, mereka minta dihantar ke bandar besar, atau ke Jerman.
"Mereka mahu kami tinggal di sini, tapi memang sukar kami ikut kehendak mereka kerana ada kanak-kanak dan perempuan mengandung. Terlalu sejuk di sini, ..tambahan pula tiada doktor dan kedai," kata migran Syria, Hadeel Waez kepada stesen TV, SVT.
Sementara itu, agensi pengurusan migran Sweden, Migrationsverket (MV) berkata, negara itu menerima terlalu ramai pendatang, lebih 10,000 orang seminggu sehingga prasarana yang disediakan untuk mereka tidak mencukupi.
"Kami tak ada penyelesaian alternatif. Inilah yang ada setakat ini," kata jurucakap MV, Guna Graufelds tetapi menambah, kes migran menolak penempatan semula jarang berlaku. - AFP
No comments:
Post a Comment