Thursday, 1 October 2015

Russia Serang Syria


Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 11:24 PM
Homs menjadi lokasi sasaran pasukan tentera Rusia ketika melancarkan serangan udara ke atas Syria, Rabu.

RUSIA melancarkan serangan udara pertama di Syria dengan menyasarkan pusat komunikasi, senjata, kenderaan dan peralatan ketenteraan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), kata jurucakap Kementerian Pertahanan negara itu.
Mejar Jeneral Igor Konashenkov berkata, operasi itu adalah sebahagian serangan terhadap ISIS.
Pihak berkuasa negara Rusia, Syria dan Amerika memberitahu CNN bahawa serangan itu dilancarkan dekat bandar Homs.
Sementara itu, pegawai pertahanan Amerika Syarikat memberitahu, perkembangan terbaru ini menandakan permulaan rasmi campur tangan ketenteraan Moscow terhadap konflik hampir lima tahun itu.
"Pegawai Rusia di Baghdad memaklumkan Kedutaan Amerika Syarikat mengenai rancangan tentera negara itu untuk melancarkan serangan ke atas Syria," kata John Kirby.
Pada Rabu, Parlimen Russia membenarkan Presiden Vladimir Putin untuk melancarkan serangan udara ke atas Syria.

No comments:

Post a Comment