Saturday, 17 October 2015

Turki tembak jatuh dron di sempadan


Ankara: Jet pejuang Turki semalam menembak jatuh sebuah dron yang tidak dikenali selepas ia mencerobohi ruang udara negara itu di sempadan dengan Syria.

Tentera Turki berkata, pesawat tanpa juruterbang itu ditembak jatuh selepas ia tidak mengendahkan tiga amaran supaya meninggalkan kawasan berkenaan.


Bagaimanapun, sehingga ini tiada laporan mengenai negara asal dron itu.

Ia terhempas di wilayah Turki.



Amerika Syarikat, Russia dan kerajaan Syria mengendalikan dron di wilayah itu.

Turki awal bulan ini membantah tindakan pesawat pengebom Russia mencabuli ruang udaranya, pencerobohan yang turut mengundang kecaman daripada sekutu Turki dalam NATO.

Di Moscow, Kementerian Pertahanan Russia memberitahu agensi berita negara itu, semua jet negara itu pulang dengan selamat selepas melakukan pengeboman terhadap kedudukan penentang Presiden Syria Bashar al-Assad. Begitu dengan dronnya, tidak ada yang ditembak jatuh.

Turki sebelum ini pernah menembak jatuh sebuah pesawat tentera, helikopter dan dron milik Syria yang menceroboh ruang angkasanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 6:53 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85801#sthash.pMWymHlK.dpuf

No comments:

Post a Comment