29 NOVEMBER 2015
Pelarian Syria tiba di Pulau Lesbos, Greece selepas menyeberangi Laut Aegan dari Turki. - Foto AFPLONDON - BRITAIN. Amnesty International mengecam tindakan Turki yang didakwa mengusir puluhan pelarian Syria dan berkata langkah itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Menurut laporan terbaharu dikeluarkan Amnesty, seramai 80 pemohon suaka dari Syria yang ditahan di pusat tahanan di bandar Erzurum diarah pulang ke negara asal, manakala 50 lagi berdepan pengusiran.
Kesemua warga Syria terbabit ditahan pihak berkuasa Turki pada September lalu, selepas mereka mengadakan demonstrasi aman kerana dihalang memasuki Greece.
"Tindakan Turki adalah tidak wajar dan menyalahi undang-undang antarabangsa. Mereka sepatutnya membantu pencari suaka yang datang dari wilayah konflik, bukannya mengusir mereka.
"Malah terdapat laporan mendakwa beberapa pelarian Syria dipukul semasa ditahan dan dipaksa menandatangani dokumen menyatakan mereka meninggalkan Turki dengan kerelaan hati masing-masing.
"Dokumen berkenaan pula ditulis dalam bahasa Turki dan tidak difahami pelarian terbabit," kata Amnesty.
Difahamkan, ini bukan kali pertama Turki didakwa mengusir pelarian Syria kerana pada 2013, Ankara telah mengusir ratusan pelarian dari negara terbabit yang berlindung di sebuah kem pelarian berhampiran Sanliurfa. - Press TV

No comments:
Post a Comment