MOSCOW: Rusia membuktikan ikrarnya membalas dendam perbuatan Ankara menembak jatuh sebuah jet pejuang Moscow Selasa lalu apabila mengumumkan sekatan ekonomi terhadap Turki.
Sebelum ini, Presiden Vladimir Putin menuntut permohonan maaf terbuka tetapi ditolak rakan sejawatnya di Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Susulan itu, Putin menandatangani dekri yang membenarkan beberapa tindakan sekatan ekonomi diambil terhadap Turki susulan insiden pesawat pejuangnya ditembak jatuh di sempadan Syria, minggu lalu.
Sekatan itu bertujuan untuk memastikan keselamatan negara dan warga negara Russia termasuk dalam larangan mengadakan penerbangan tempahan antara kedua-dua negara.
Ahli perniagaan Russia juga dilarang mengambil sebarang kakitangan baharu warga Turki dan mengetatkan pemberian visa, demikian menurut kandungan dekri yang dikeluarkan Kremlin.
Sementara itu dalam laman web Kremlin, sekatan itu termasuk beberapa barangan import dari Turki memasuki Russia, operasi syarikat Turki di Russia, dan pengambilan kakitangan Turki oleh firma Russia. - AFP
No comments:
Post a Comment