Thursday, 12 November 2015

Kerana tak sampai hati

London: Seorang pekerja bantuan Britain berdepan hukuman penjara kerana cuba menyeludup seorang kanak-kanak perempuan dari kem pendatang di Perancis ke Britain untuk disatukan dengan keluarganya.
Rob Lawrie, 49, berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun selepas ditangkap cuba membawa keluar pelarian Afghanistan berusia empat tahun, Bahar Ahmadi kepada keluarganya di Britain dari kem pendatang di Calais.
Lawrie yang memanggil Bahar ‘Bru’ berkata: “Saya tidak sampai hati membiarkan budak itu tinggal di khemah di tempat pembuangan kimia sedangkan keluarganya tinggal hanya lapan kilometer dari rumah saya ?
“Pada malam itu Bru duduk di atas pangkuan saya di depan unggun api sebelum dia tertidur. Ketika itu saya fikir yang saya tidak sanggup meninggalkannya di situ.”
Lawrie yang mempunyai empat anak berkata, bapa Bahar beberapa kali memintanya membawa budak itu ke England sehingga dia akhirnya bersetuju.
Dia sering ke Calais untuk membina tempat perlindungan sementara bagi 6,000 pendatang di kem digelar ‘Jungle’ (hutan) yang dihuni mereka yang cuba menyelinap masuk ke Britain selepas melihat gambar mayat kanak-kanak Syria, Aylan Kurdi, terdampar di pantai di Turki beberapa bulan lalu.
Pada 24 Oktober lalu,
Lawrie yang juga bekas askar menyembunyikan Bahar di dalam ruang penyimpanan kabin trak. Selepas melepasi kastam Perancis dan memasuki sempadan Britain, anjing pengesan menghidu dua pendatang Eritrea yang tanpa pengetahuan Lawrie berjaya menyelinap naik di belakang traknya.
Dia kemudian dihampiri polis Perancis yang kelihatan baik dan bersembang dengannya tanpa menyedari anggota itu sebenarnya mahu membawanya semula ke sempadan Perancis.
“Sebaik saya melangkah ke sempadan dia berpusing dan menggari saya,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 10:50 AM


LAWRIE bersama Bahar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92495#sthash.eNAdteZs.dpuf

No comments:

Post a Comment