Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 11:55 AM
Dalam kejadian sama di perairan Aegean itu, 27 yang lain terselamat.
Menurut agensi berita Dogan, bot kayu itu tenggelam sejauh lapan kilometer dari Kepulauan Lesbos di persisir pantai Turki.
Sebaik mendapat berita kejadian itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata: "Apakah tragedi seperti yang menimpa Aylan akan berulang."
Beliau merujuk tragedi yang menimpa Aylan Kurdi, kanak-kanak pelarian berusia tiga tahun yang mati lemas dan mayatnya ditemui terdampar di pantai pada September lalu.
Ribuan pelarian dalam perjalanan dari Turki ke Eropah melarikan diri dari konflik negara yang sedang melanda Timur Tengah, manakala pelarian yang lain dari Afrika.
Pemimpin Afrika dan Eropah akan mengadakan persidangan pada Rabu di Malta bagi membincangkan isu pelarian ini dan Kesatuan Eropah (EU) mengharapkan bantuan kewangan yang diberikan dapat bantu pelarian bagi mengelakkan mereka keluar dan kekal berada di negara masing-masing.
Persidangan EU membincangkan mengenai masalah pelarian ini dianggap sebagai isu global yang perlu diberikan perhatian, kata pegawai EU pada Selasa. -Reuters
No comments:
Post a Comment