Lebih 60 juta larikan diri dari zon konflik
SEBAHAGIAN pelarian memanjat sebuah treler di Calais, utara Perancis, kelmarin. Kebanyakan pelarian dari Asia Barat dan Afrika meninggalkan negara masing-masing yang bergolak untuk mencari perlindungan di United Kingdom. AFP / AFP / PHILIPPE HUGUEN
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jumlah-pelarian-catat-rekod-1.170496#sthash.4S30a9zA.dpuf
GENEVA 18 Dis. - Bilangan pelarian di seluruh dunia tahun ini sahaja mencecah lebih 60 juta orang, rekod tertinggi dicatat dalam sejarah kemanusiaan berbanding 59.5 juta tahun lalu.
Data terbaharu itu didedahkan Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) hari ini.
Menurut UNHCR, daripada jumlah itu, sebanyak 20.2 juta pelarian melarikan diri daripada peperangan dan penganiayaan, bilangan paling tinggi sejak tahun 1992.
Kebanyakan pelarian pula lari dari Syria atau zon-zon konflik yang berterusan.
Jelas laporan itu, hampir 2.5 juta pencari suaka masih menunggu jawapan dari negara-negara pilihan mereka dengan Jerman, Rusia, dan Amerika Syarikat (AS) mencatat hampir sejuta permohonan dalam tempoh separuh tahun pertama tahun ini sahaja.
“Tahun 2015 menyaksikan jumlah pelarian paling ramai di dunia sehingga mencecah lebih 60 juta untuk kali pertama.
“Ini bermakna, satu daripada 122 orang hari ini terpaksa meninggalkan rumah mereka,” menurut laporan tersebut.
Laporan itu yang dibuat berdasarkan data rasmi pada pertengahan tahun ini sebelum kebanjiran pelarian ke Eropah, menganggarkan trend penghijrahan pelarian global.
UNHCR memaklumkan, perang saudara Syria yang meletus pada 2011 menjadi penyumbang utama kepada krisis pelarian apabila lebih 4.2 juta pelarian Syria lari ke luar negara, sementara 7.6 juta lagi menjadi pelarian di negara sendiri. – REUTERS
No comments:
Post a Comment