Tuesday, 9 February 2016

4 askar Russia maut helikopter terhempas

SELASA, 9 FEBRUARI 2016 @ 7:38 AM



 MOSCOW: Sekurang-kurangnya empat askar Russia maut apabila sebuah helikopter tentera terhempas di barat negara itu, menurut Kementerian Pertahanan. "Menurut kumpulan mencari dan menyelamat yang tiba di tempat kejadian, helikopter jenis Mi-8 itu membuat pendaratan cemas menyebabkan tiga juruterbang dan seorang jurulatih teknikal terkorban," menurut kenyataan Kementerian Pertahanan kepada agensi berita Russia. Pesawat berkenaan terputus hubungan selepas kira-kira jam 1620 GMT dan kemudiannya membuat pendaratan cemas dekat bandar Ostrov, kira-kira 30 kilometer dari sempadan Russia dengan Latvia. Tidak dapat dipastikan berapa jumlah sebenar tentera menaiki pesawat berkenaan yang mengendalikan latihan rutin. Sumber keselamatan Russia berkata, helikopter itu terbakar dalam kejadian berkenaan. Sumber lain berkata, kejadian mungkin berpunca daripada kerosakan mekanikal. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122620

No comments:

Post a Comment