20 Mac 2016 12:31 AM
sekumpulan pelarian dan pendatang asing berbaris untuk mendapatkan bantuan makanan di sebuah khemah pelarian sementara di perkampungan Idomeni, Greece di sempadan Greece-Macedonia, kelmarin. REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-eu-bersetuju-sekat-pelarian-1.202441#sthash.sFHrask0.dpuf
BRUSSELS 19 Mac - Turki dan Kesatuan Eropah (EU), semalam mencapai perjanjian ‘bersejarah’ bersetuju membendung kemasukan pelarian ke Eropah, krisis pelarian terbesar sejak tamat Perang Dunia Kedua.
Di bawah perjanjian itu, kesemua pelarian dan pendatang yang tiba di Greece dari Turki, mulai esok akan dihantar semula ke Turki.
Pemerhati hak asasi manusia berkata, mereka akan memantau dengan rapi perkembangan itu bagi memastikan pencari suaka politik akan dilindungi.
“Kami sedar bahawa Turki dan EU ditadkirkan menghadapi cabaran dan masa depan yang sama,” kata Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu selepas mendatangani perjanjian itu di sini.
Presiden EU, Donald Tusk, pula berkata, di bawah perjanjian itu, kesemua pelarian akan dihantar semula ke Turki bermula esok.
Bagi setiap pelarian Syria yang diusir, EU akan menghantar mereka semula ke Turki.
Tusk berkata, perjanjian itu hanya akan berfungsi sebagai sebahagian daripada satu rancangan yang lebih luas termasuk sokongan kepada Greece yang menjadi pusat kemasukan utama pelarian ke Eropah dan menyekat kebanjiran pelarian menerusi negara Balkan ke Jerman.
“Sesetengah pihak mungkin beranggapan perjanjian itu adalah peluru perak, namun realitinya agak sukar,” kata Tusk yang memainkan peranan utama dalam krisis, yang menyaksikan 1.2 juta pelarian tiba ke Eropah sejak Januari 2015.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Turki, semalam menahan sebanyak 1,700 pelarian yang cuba pergi ke Pulau Lesbos di Greece dalam satu operasi besar-besaran melibatkan kapal pengawal pantai dan helikopter.
Tentera Turki dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 1,734 pelarian dan 16 penyeludup ditahan dalam operasi yang dilancarkan di beberapa lokasi berhampiran bandar Dikili di Laut Aegean yang melibatkan pengawal pantai, tentera laut, tentera dan disokong unit udara. – REUTERS
No comments:
Post a Comment