21 Mac 2016 12:45 AM
Anggota penyelamat bermain dengan seorang kanak-kanak pelarian yang berjaya diselamatkan di Pelabuhan Messina, Itali ketika operasi menyelamat oleh kapal pengawal pantai Diciotti, Sicily, Itali pada Khamis lalu. AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/1-500-pelarian-berjaya-diselamatkan-1.202807#sthash.VkGhRGqJ.dpuf
MILAN 20 Mac - Sebanyak 1,500 pendatang asing dan pelarian berjaya diselamatkan dalam beberapa operasi berasingan yang diadakan di Itali dan Libya semalam, lapor pihak berkuasa.
Menurut pengawal pantai di Itali, lebih 900 pendatang asing diselamatkan dalam empat operasi berasingan di Selat Sicily, dan perkhidmatan kecemasan negara ini turut mengesahkan menjumpai satu mayat ketika operasi menyelamat dijalankan.
“Sebanyak 378 pendatang diselamatkan dalam dua operasi berasingan semalam. Sejumlah 112 pendatang dipindahkan oleh kapal yang dikendalikan agensi sempadan Kesatuan Eropah (EU), Frontex, manakala sebanyak 420 orang pelarian lagi dipindahkan dengan kapal di bawah misi ‘Eunavfor’ oleh EU di Laut Mediterranean.
“Pengawal pantai akan terus membantu pendatang yang berdepan kesukaran ketika merentasi kawasan perairan di selatan dan Afrika Utara, walaupun kebanyakan mereka yang menginginkan kehidupan lebih baik di Eropah telah menggunakan laluan yang kurang berbahaya ke Greece,” katanya.
Sementara itu, dalam operasi berasingan di Libya, pihak berkuasa negara itu mengesahkan berjaya menyelamatkan kira-kira 600 pendatang asing dari empat buah bot termasuk sebuah bot yang karam.
Jurucakap tentera laut Libya, Ayoub Qassem berkata, pihaknya menemui empat mayat wanita dalam operasi tersebut dan beberapa pendatang lagi dipercayai masih hilang.
“Mereka yang diselamatkan di luar pantai barat Libya, semalam termasuk pendatang dari negara-negara Afrika serta Bangladesh.
“Lebih 550 pendatang lain telah diselamatkan dalam operasi yang dijalankan pada Rabu dan Jumaat lalu, manakala 17 orang pendatang yang diselamatkan pada Khamis lalu mengalami kecederaan parah apabila bot yang mereka naiki terbakar, katanya. – REUTERS
No comments:
Post a Comment