Thursday, 8 September 2016

Pemerhati kimia 'terganggu' serangan gas klorin di Aleppo

KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 @ 7:04 AM

BEBERAPA lelaki bernafas dengan topeng oksigen di dalam sebuah hospital di Aleppo, Syria. - Foto AP

THE HAGUE: Pemantau senjata kimia dunia berkata hari ini ia agak 'terganggu' dengan dakwaan penggunaan bahan kimia toksik di Aleppo selepas berpuluh orang terpaksa dirawat kerana masalah pernafasan di bandar pertempuran utama Syria itu.

 "Kami agak terganggu dengan dakwaan terbaru penggunaan bahan kimia toksik di Aleppo. Dakwaan seperti itu diambil secara serius.

 Penggunaan senjata kimia oleh sesiapa, di mana saja dan apa juga keadaan tidak dapat diterima," kata Ketua Pengarah Pertubuhan Larangan Senjata Kimia, Ahmet Uzumcu.

Pemantau Hak Asasi Manusia (SOHR) berkata, lebih 70 orang mengalami sesak nafas semalam selepas helikopter rejim menggugurkan bom tong di daerah ditawan pemberontak itu.

SOHR berkata, bom itu menyebabkan penduduk terpaksa mendapat rawatan, menambah kebanyakan yang terjejas adalah orang awam.

Pusat Media Aleppo milik pembangkang berkata dalam Twitter, kejiranan Sukkari menjadi sasaran serangan gas klorin. Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman gagal mengesahkan dakwaan itu, namun tiada siapa terbunuh dalam serangan terbabit. Seorang penduduk Sukkari berkata, "bau amat kuat" memenuhi kejiranan itu selepas ia diserang bom tong dan dia serta yang lain menghadapi kesukaran bernafas. -AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190775

No comments:

Post a Comment