18 Oktober 2016 12:41 AM
ALEPPO 17 Okt. – Serangan udara di Aleppo hari ini mengorbankan 12 orang awam menjadikan sejumlah 45 orang maut termasuk lima kanak-kanak dalam tempoh 24 jam.
Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, lima kanak-kanak itu adalah antara mereka yang terkorban akibat serangan udara di wilayah yang dikuasai kumpulan penentang di Marjeh, timur Aleppo.
Berpuluh-puluh lagi orang awam cedera atau masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Pengarah badan itu, Rami Abdel Rahman berkata, daripada sejumlah 45 mangsa, 17 daripadanya terkorban dalam serangan tentera Rusia di Qaterji, malam semalam.
Wakil AFP di timur wilayah tersebut memberitahu, pasukan penyelamat White Helmets masih lagi berhempas pulas untuk mengeluarkan 20 mangsa yang tertimbus di Qaterji.
Seorang sukarelawan pertahanan awam berkata, mereka tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja menyelamat malam tadi kerana bimbang serangan udara berikutan pesawat tentera masih berlegar-legar di udara.
Pesawat pejuang Rusia dan Syria melancarkan serangan udara di Aleppo bagi menawan semula beberapa kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di utara bandar itu. – AFP
No comments:
Post a Comment