Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2016 11:43 AM
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) dan pasukan perubatan memberitahu, kejadian pada Selasa itu berlaku pada majlis melibatkan anggota tentera negara itu.
“Pengebom meletupkan dirinya dalam sebuah dewan di kampung Tall Tawil semasa majlis perkahwinan seorang pejuang Tentera Demokratik Syria (SDF) menyebabkan sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.
SDF adalah pasukan pakatan Arab-Kurdis yang memerangi rejim Presiden Bashar Al-Assad dan militan Daesh di Syria.
“Ketika pengantin melafazkan ikrar, seorang lelaki memakai jaket hitam berjalan melintasi saya.
“Dia kelihatan pelik dan beberapa saat kemudian berlaku letupan kuat menyebabkan ramai tetamu jatuh dan mayat bergelimpangan,” kata saksi kejadian yang dikenali sebagai Ahmad.
Sumber hospital di Hasakeh pula berkata, 80 mangsa cedera dalam serangan tersebut.
Sementara itu, militan Daesh mengeluarkan kenyataan mengakui seorang pejuangnya menyerang ‘perhimpunan besar’ pejuang Kurdis berhampiran Hasakeh tanpa menyebut sama ada majlis perkahwinan tersebut dijadikan sasarannya.
Daesh mendakwa 40 maut dalam letupan itu. – AFP
No comments:
Post a Comment