Wednesday, 5 October 2016

Tentera kerajaan lepasi barisan hadapan Aleppo


05 Oktober 2016 7:07 PM
Sukarelawan pertahanan awam membawa mayat mangsa dari runtuhan

Sukarelawan pertahanan awam membawa mayat mangsa dari runtuhan sebuah bangunan yang dibedil tentera Syria di kawasan kejiranan Bustan al-Basha di Aleppo kelmarin.-AFP
ALEPPO 5 Okt. - Kereta kebal tentera Syria melintasi barisan hadapan medan pertempuran bandar Aleppo buat kali pertama dalam tempoh empat tahun,selepas serangan oleh Rusia untuk merebut kembali wilayah timur yang dikuasai pemberontak semakin meningkat.
Tentera Syria bergerak secara beransur-ansur selepas pertempuran yang berlaku semalam, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria yang berpangkalan di United Kingdom.
Serangan yang berlaku semalam dilaporkan tercetus selepas Rusia mengumumkan telah menghantar sistem peluru berpandu canggih ke bandar pelabuhan Tartus di pantai Mediterranean.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia berkata, S-300 adalah sistem pertahanan dan tidak menimbulkan ancaman kepada sesiapa sambil menambah bahawa pihaknya tidak jelas mengapa penempatan sistem itu telah menyebabkan kekecohan dalam kalangan negara barat.
Sehari sebelum itu, Washington menggantung rundingan langsung antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia langsung terhadap gencatan senjata di Syria.
Setiausaha Negara AS John Kerry, dilaporkan menyalahkan Rusia kerana menolak diplomasi dan memihak untuk membantu kuasa-kuasa Presiden Bashar al-Assad mencapai kemenangan terhadap kumpulan pembangkang.
“Hari ini terdapat serangan bom yang sangat dahsyat. Lebih daripada 16 orang awam terbunuh dan lebih daripada 32 orang cedera.
“Tentera sedang cuba untuk memasuki timur dari beberapa kawasan yang berbeza. Setakat ini, mereka hanya mampu mengambil wilayah di timur laut, kem Handarat dan kawasan Shuqayif,” kata jurucakap Pertahanan Awam Syria di Aleppo, Ibrahim Abu Leith kepada agensi berita Al Jazeera.
Minggu lalu, tentera kerajaan menawan kem pelarian rakyat Palestin di Handarat dekat utara Aleppo dan Hospital Kindi yang menghadap ke persimpangan utama jalan raya penting.
AS dan negara-negara Barat yang lain menuduh Moscow dan Damsyik melakukan jenayah perang kerana sengaja mensasarkan orang awam, hospital, dan konvoi penghantaran bantuan selain menghancurkan harapan lebih 275,000 orang yang terperangkap dalam kepungan di Aleppo. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-kerajaan-lepasi-barisan-hadapan-aleppo-1.391031#sthash.cpO9NEVd.dpuf

No comments:

Post a Comment