Tuesday 1 November 2016

Serangan gas beracun


1 NOVEMBER 2016
Serangan gas beracun

Serangan gas beracun Gambar menunjukkan pakar senjata kimia PBB melawat mangsa serangan gas beracun yang sedang dirawat di Mouadamiya berhampiran Damsyik.
DAMSYIK - SYRIA. Sekurang-kurangnya 36 dilaporkan terjejas selepas kumpulan militan Daesh didakwa melancarkan serangan gas beracun di dua kawasan kejiranan di bandar barat laut Aleppo di Syria.

Kelmarin, agensi berita Sana melaporkan, kira-kira 35 mengalami sesak nafas selepas hujan peluru melanda kawasan kejiranan Dahiyet al-Assad dan Hamdaniyeh terletak 355 kilometer di utara Damsyik.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Aleppo dan Hospital al-Razi selepas menunjukkan simptom sukar bernafas, midriasis, kejang otot dan kebas tubuh badan," jelas laporan itu lagi.

Sementara itu, ketua Hospital Universiti Aleppo, Ibrahim Hadid memaklumkan mangsa terdiri daripada orang awam termasuk pejuang yang cedera selepas terhidu gas klorin yang dilancarkan Daesh.

Pada 16 September lalu, sekurang-kurangnya lapan termasuk lima orang awam mengalami kesukaran bernafas selepas Daesh melancarkan peluru mortar mengandungi gas beracun di Harbal dan Um Hosh di utara bandar bergolak itu.

Kira-kira sebulan sebelum itu, sekurang-kurangnya lima terkorban, manakala beberapa lagi terjejas selepas peluru berpandu diisi gas beracun dibedil ke kota lama Aleppo. - Press TV

No comments:

Post a Comment