
Wednesday, 1 January 2014
syria
Astaghfirulloh,...----------------------
ini merupakan salah satu dari ribuan bukti kekejaman rezim assad, ebtisam, seorang balita tak berdosa ini meninggal akibat tembakan oleh rezim bashar assad
---------------------
video : https://www.youtube.com/
share
Lebanon patahkan serangan Syria
BAALBEK 31 Dis. - Tentera Lebanon bertindak menggunakan sistem pertahanan udara bagi mematahkan serangan helikopter tentera Syria yang melancarkan serbuan di dalam wilayah negara ini, semalam.
Menurut jurucakap tentera Lebanon, ini merupakan kali pertama tentera negara ini bertindak balas terhadap serangan tentera Syria di wilayah Lebanon, menggunakan helikopter untuk mengebom kawasan Khirbet Dawud berhampiran Arsal.
''Selaras dengan arahan daripada pusat pemerintahan tentera, senjata antipesawat dilancarkan ke arah helikopter Syria,'' kata sumber itu.
Pegawai kerajaan Lebanon melaporkan tiada kemalangan jiwa di pihak Lebanon dalam serangan tentera Syria itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada serangan balas tentera Lebanon itu mengenai helikopter Syria tersebut atau tidak.
Menteri Pertahanan Lebanon, Fayez Ghosn mengesahkan serangan balas oleh tentera Lebanon itu dibuat atas arahan kerajaan.
Tentera Lebanon, katanya, menerima arahan yang jelas dan mencukupi daripada kerajaan untuk bertindak balas ke atas serangan seperti itu dan 'apa yang berlaku hari ini adalah mengikut konteks itu'.
''Kami bertindak balas ke atas serangan yang berlaku di wilayah Lebanon,'' kata Fayez, sambil menambah kata, sejak meletus perang saudara di Syria, tentera Lebanon telah dikerah di sepanjang sempadan dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan yang mampu menjejaskan perpaduan di negara ini.
Serangan balas itu berlaku sehari selepas Presiden Lebanon, Michel Sleiman mengumumkan bahawa Arab Saudi bersetuju membekalkan senjata buatan Perancis bernilai AS$3 bilion untuk keperluan tentera Lebanon. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140101/lu_03/Lebanon-patahkan-serangan-Syria#ixzz2p6DPl9W1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, 31 December 2013
90 penentang kerajaan Syria terbunuh
BEIRUT 3 Sept. - Sekurang-kurangnya 90 orang penentang kerajaan terbunuh dekat ibu negara Syria, Damsyik dalam tempoh 48 jam lalu, dalam pertempuran antara penentang kerajaan dan tentera Syria.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, sebanyak 29 orang yang terbunuh dalam serang hendap tentera di Adra, timur laut Damsyik, termasuk bukan penduduk Syria.
Agensi berita SANA melaporkan tentera kerajaan telah membunuh 'sebahagian besar' anggota kumpulan Barisan al-Nusra, yang merekrut ramai warga asing sebagai anggota.
Adra, adalah bandar perindustrian yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Damsyik dan merupakan pintu masuk ke Eastern Ghouta, kawasan pertanian di mana penentang kerajaan dan tentera sering bertempur.
Ghouta di pinggir Damsyik yang dikuasai penentang kerajaan menjadi sasaran serangan senjata kimia pada 21 Ogos lalu yang mencetuskan kemarahan masyarakat dunia.
Kumpulan pemerhati berkata, 46 lagi penentang kerajaan terbunuh pada Ahad lalu dalam satu serangan udara dan pertempuran yang berlaku ketika tentera kerajaan membalas serangan penentang kerajaan di sekitar bandar Rouhayba yang terletak di timur laut Syria.
Sebanyak 11 lagi penentang kerajaan terbunuh di beberapa kawasan berhampiran Damsyik.
Di kawasan lain, seramai lapan orang terbunuh termasuk lima kanak-kanak, apabila tentera kerajaan mengebom bandar Tal Aran di utara wilayah Aleppo. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130904/lu_03/90-penentang-kerajaan-Syria-terbunuh#ixzz2p4EwGLn6
© Utusan Melayu (M) Bhd
syria
Rejim Bashar Assad laknatullah tidak hanya menggunakan senjata kimia dan ledakan bom untuk melenyapkan umat islam di Syria malah dia bertindak lebih zalim dan kejam, menggunakan kuasanya menyekat kemasukan sumber-sumber asas dan akibatnya saudara seagama kita menahan kelaparan yang berpanjangan dan akhirnya menemui syahid. Allahu Rabbi. Janganlah kita berlebih-lebihan dalam menikmati makanan, ingatlah terdapat mereka yang dizalimi dan ketiadaan makanan untuk meneruskan hidup. Makanlah dengan penuh kesederhanaan. InsyaAllah.
syria
Syria, Aleppo.Cuba bayangkan diri kita berada di tempat bapa kepada anak yang berada di sebalik timbunan runtuhan bangunan itu, bagaimana dia terpaksa dengar dengan tabah suara tangisan anaknya mengerang kesakitan tanpa mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu berdoa dan menunggu sehingga tangisan anaknya lenyap perlahan-lahan disebalik runtuhan tersebut.
Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakeel
syria
Syria, Aleppo.Cuba bayangkan diri kita berada di tempat bapa kepada anak yang berada di sebalik timbunan runtuhan bangunan itu, bagaimana dia terpaksa dengar dengan tabah suara tangisan anaknya mengerang kesakitan tanpa mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu berdoa dan menunggu sehingga tangisan anaknya lenyap perlahan-lahan disebalik runtuhan tersebut.
Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakeel
Bom barrel bedil pasar
Orang awam selamatkan diri selepas askar rejim melepaskan bom barrel di pasar.
Aktivis melaporkan, rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan udara besar-besaran di pasar dan kampung termasuk sebuah hospital di daerah Tareeq al- Bab.
“Kejadian ini adalah pembunuhan beramai-ramai apabila rejim menyasarkan serangan di pasar yang sesak dengan pengunjung,” katanya, dipetik dari laporan Al Jazeera.
Askar Pembebasan Syria (FSA) Adel Festok berkata, sejak 15 Disember lalu, tentera rejim menggunakan kaedah sama hingga meragut 400 nyawa.
“Berada di barisan hadapan menjadi lebih selamat daripada berada di kawasan awam,” katanya.
Sementara itu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Arab dan Barat mengutuk keras cara serangan itu kerana sewenang-wenangnya melakukan pembunuhan tanpa mengira mangsa.
MEREKA BAHAGIA DI TURKI... ALHAMDULILLAH

Datuk Bandar Nizip, Muftinya dan juga tentera Turki melayan mesra anak-anak pelarian Syria di Turki. Bagi mereka pelarian Syria adalah tetamu dan bukannya pelarian... senada dengan apa yang Recep Tayyip Erdoğan laungk
Serangan 24 jam sehari
Ketua pemerhati Hak Asasi Manusia Syira berpangkalan di Britain Rami Abdel Rahman melaporkan, pertempuran itu berlarutan 24 jam sejak tiga hari lalu.
“Pertempuran tercetus antara FSA dan tentera rejim yang disokong Tentera Pertahanan Kebangsaan. Difahamkan, FSA menguasai sebahagian kampung Al-Jafra yang merupakan kampung halaman Presiden Bashar al-Assad, terletak beberapa ratus meter dari lapangan terbang itu,” katanya dipetik dari AFP.
Mujahideen di (Muarrat al Numa'n) (Bandar Sunni yang dibebaskan) bantahan secara besar-besaran semalam terhadap ISIS
Mujahideen di (Muarrat al Numa'n) (Bandar Sunni yang dibebaskan) bantahan secara besar-besaran semalam terhadap ISIS dan mengancam untuk menyerang mereka semua, selepas ISIS menyerang kota mereka pada waktu malam, mencuri beberapa senjata dan menculik ketua mereka (Ustaz Ahmad Saud Ibn Al-Marrah).Alhamdulillah, selepas ancaman ini ISIS mengembalikan senjata-senjata yang dicuri dan pemimpin yang diculik, tetapi enggan memohon maaf atas tindakan bermusuhan yang tidak dapat dijelaskan mereka.
LINK : http://www.youtube.com/
Syria, Aleppo.

Cuba bayangkan diri kita berada di tempat bapa kepada anak yang berada di sebalik timbunan runtuhan bangunan itu, bagaimana dia terpaksa dengar dengan tabah suara tangisan anaknya mengerang kesakitan tanpa mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu berdoa dan menunggu sehingga tangisan anaknya lenyap perlahan-lahan disebalik runtuhan tersebut.
Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakeel —
Syria pindah 5,000 penduduk
Damsyik: Rejim Bashar al-Assad berkata, 5,000 penduduk bandar Adra dekat sini dipindahkan sepanjang hujung minggu lalu, lapor agensi berita Sana.
“Atas usaha pihak tentera Syria, menteri hal ehwal sosial berjaya memindahkan lebih 5,000 penduduk bandar Adra yang ditahan kumpulan pengganas.
“Mereka kini berada di tempat selamat,” kata Sana memetik daripada sumber tentera mengenai operasi yang dilakukan pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak menyatatakan bagaimana orang awam menjadi tahanan.
Rejim Bashar kerap m
15 pelarian mati akibat kebuluran
Beirut: Sekurang-kurangnya 15 pelarian Palestin mati kebuluran sejak September lalu di sebuah kem pelarian yang terkepung di Damsyik, lapor agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin, semalam.
“Kami menerima laporan hujung minggu lalu bahawa sekurang-kurangnya lima pelarian Palestin di kem Yarmuk, Damsyik, mati akibat kekurangan gizi, “Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan sebanyak 15,” kata jurucakap Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB (UNRWA) Chris Gunness.
Katanya, keadaan semakin teruk di kem itu yang menempatkan kira-kira 20,000 warga Palestin dan tiada bekalan makanan serta perubatan mencukupi.
“Sejak September lalu kami tidak dapat memasuki kawasan itu sedangkan mereka amat memerlukan bantuan dan bekalan.
“Kumpulan bersenjata yang sentiasa berada di situ sejak penghujung 2012 selain penutupannya oleh rejim Syria menghalang usaha kami menghulurkan semua bentuk bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/31
Monday, 30 December 2013
517 korban serangan udara di Wilayah Aleppo
DAMSYIK 30 Dis. - Serangan tentera udara di utara wilayah Aleppo mengorbankan sekurang-kurangnya 517 orang, termasuk 151 kanak-kanak sejak 15 Disember lalu, menurut laporan pemerhati semalam.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, serangan yang menggunakan tong-tong berisi bahan letupan itu turut menyebabkan 46 wanita terbunuh.
Sekurang-kurangnya, 46 penentang kerajaan turut terkorban dalam serangan tersebut, walau bagaimanapun kebanyakan mangsa merupakan orang awam. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131230/lu_01/517-korban-serangan-udara-di-Wilayah-Aleppo#ixzz2p414MDQ7
© Utusan Melayu (M) Bhd
syria berdarah
Si isteri menjadi balu, anak-anak menangis kesedihan. Setiap hari situasi yang sama berlaku di Syria, malangnya masih ada saudara seagama yang masih tidak mempedulikan segala kesedihan, kepayahan, penderitaan saudara mereka sendiri, memandang tangisan hanya dengan jelingan, memekakkan telinga.Umat Islam adalah bersaudara, jika salah seorang dari kita sakit, maka kita juga patut merasakannya, jika salah seorang dari kita sedih, maka kita juga patut merasakannya.
"ALHAMDULILLAH..
"ALHAMDULILLAH... Ini semua cukup buatku, mungkin kamu melihat aku tidak berkasut di musim yang dingin ini, tetapi aku masih punya secebis roti untuk dimakan, sehelai baju dan seluar comot yang membaluti tubuhku. Kamu boleh tenang-tenang disana, bergembiralah bersama keluargamu, bersenang-senanglah"
25 maut serangan baharu di Aleppo
Seorang kanak-kanak diselamatkan daripada runtuhan sebuah bangunan yang berpunca daripada bedilan tentera kerajaan di kawasan perumahan Maysar, Aleppo, Syria, kelmarin. - REUTERS
BEIRUT 29 Dis. - Tentera Syria melancarkan dua serangan udara ke atas sebuah pasar dan hospital di utara bandar Aleppo semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang termasuk kanak-kanak.
Sepanjang dua minggu lalu, jet pejuang dan helikopter tentera memperhebatkan serangan di kawasan dikuasai penentang kerajaan itu dengan kumpulan aktivis menganggarkan, sebanyak 517 orang telah terbunuh sejak kempen tersebut bermula 15 Disember lalu.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria dalam kenyataannya menjelaskan, mereka yang terbunuh termasuk dua wanita, empat kanak-kanak, seorang remaja dan seorang aktivis media.
"Jumlah itu dijangka terus meningkat kerana beberapa orang lagi yang cedera berada dalam keadaan kritikal,'' kata kumpulan tersebut yang beribu pejabat di Britain.
Seorang aktivis dari Pusat Media Aleppo, Hassoun Abu Faisal berkata, serangan udara itu berlaku kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan di pasar yang penuh sesak di kawasan perumahan Tariq al-Bab.
"Banyak kereta musnah, serpihan dan runtuhan bangunan terdapat di mana-mana.
"Kebanyakan yang cedera kehilangan anggota badan mereka,'' katanya menerusi laman sosial Skype. - AFP/AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131230/lu_03/25-maut-serangan-baharu-di-Aleppo#ixzz2overpq7s
© Utusan Melayu (M) Bhd
Benghazi bukan perbuatan Al-Qaeda
New York: Al-Qaeda tidak memainkan peranan secara langsung dalam serangan terhadap misi Amerika Syarikat (AS) di Benghazi yang melihat empat warga AS maut pada 11 September tahun lalu, lapor akhbar The New York Times, kelmarin.
Dalam siasatan yang disiarkan di laman webnya berdasarkan liputan meluas yang dilakukan di bandar Libya itu, akhbar berkenaan mendakwa pembunuhan duta AS Chris Stevens dan tiga rakannya didalangi pejuang tempatan.
Laporan itu dilihat mampu mengakibatkan kontroversi di Washington berikutan pentadbiran Obama berkali-kali dituduh menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian di Benghazi itu tuduhan yang dinafikan sekeras-kerasnya.
Akhbar itu turut mendakwa serangan mungkin disebabkan kemarahan akibat video anti-Islam yang disiarkan di rangkaian televisyen tempatan.
Berdasarkan temuramah dengan rakyat tempatan Benghazi yang didakwa mempunyai maklumat langsung berhubung kejadian itu, akhbar berkenaan berpendapat “tiada bukti Al-Qaeda atau mana-mana kumpulan antarabangsa ada memainkan sebarang peranan.” “Sebaliknya, serangan diketuai pejuang yang meraih keuntungan daripada kekuatan tentera udara dan logistik NATO yang meluas ketika pemberontakan terhadap bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang mati dibunuh pada Oktober 2011,” kata akhbar itu.
Menurut laporan itu, berdasarkan keterangan diperoleh daripada pegawai AS, seorang pemimpin pemberontak tempatan bernama Ahmed Abu Khattala dipercayai suspek utama dalang di sebalik kejadian di Benghazi. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30
Ikrar bebaskan Lubnan daripada senjata Hizbullah
Beirut: Sebuah pakatan Lubnan yang menentang pergerakan Hizbullah semalam berkata, negara itu patut bebas daripada senjata kumpulan berkenaan.
“Kami memutuskan untuk membebaskan negara ini daripada pemilikan senjata yang tidak sah bagi mengekalkan kebebasan, kedaulatan dan keamanan,” kata anggota pakatan 14 Mac, Fuad Siniora.
Bekas perdana menteri itu berucap pada majlis pengebumian rakannya Mohammad Chatah, seorang lagi anggota kumpulan itu yang vokal menentang dan mengkritik rejim Syria itu.
Chatah maut bersama enam lain dalam serangan bom di Beirut, Jumaat lalu.
Kumpulan 14 Mac menuduh serangan berkenaan di dalangi Hizbullah dan Syria.
“Kami mahu mengajak rakyat Lubnan menentang keganasan Hizbullan secara aman dan beradab,” katanya.
Beliau menambah ‘perang secara aman’ itu akan diadakan tidak lama lagi.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.
“Kami mahukan kebebasan dan keadilan. Kami tidak akan mengalah, kami tidak takut. Kami akan melindungi Lubnan - negara berdaulat yang aman,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30
KETIKA SYRIA AMAN DIBAWAH DAULAH ISLAM UTHMANIAH

Halab (Aleppo), Syria, 1903
"Ekspo Pertanian dan Industri Aleppo 1903"
Sunday, 29 December 2013
syria berdarah
Rakyat Palestin di Kem Pelarian Yarmouk, Damaskus, yang menyokong sejak hari pertama tercetusnya Revolusi Syria menentang kezaliman Syiah kini sedang kebuluran atas sebab kelewatan ketibaan makanan yang dibenarkan masuk oleh Rejim Assad di Kem Pelarian. Tidak terbayang di fikiran saudara-saudara kita yang sedang menghadapi kesakitan dan keperitan menanggung kelaparan dalam tempoh masa yang panjang dan akhirnya mati atas sebab kebuluran.
Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakeel
http://www.youtube.com/
syria
Ya Allah ...kalimat terakhir seorang anak Suriah berusia 3 tahun sebelum dia meninggal, "Aku akan adukan semuanya yang terjadi kepada tuhanku"
ketahuilah wahai saudaraku Syiah amat benci kepada Islam dan kaum muslimin.
bagi mereka membunuh kaum muslimin dan memperkosa muslimah adalah ibadah yang bisa memasukan pelakunya ke dalam Surga, Astaghfirullah. na'udzubillah.
ALEPPO SEMAKIN HAMPIR KE TANGAN TENTERA-TENTERA ALLAH

Ini adalah salah satu kubu tentera rejim Basyar Assad dan sekutunya di Aleppo. Kini benteng tersebut berada dalam kepungan Mujahideen. Ramai tentera-tentera rejim dan sekutunya dari Iran yang pengecut berlindung disebalik kubu tersebut.
Info terkini dari Mujahideen menyebut bahawa sebahagian besar Aleppo telah berjaya dikuasai (sekitar 70%).
Kemenangan semakin hampir... Doakan
cc: Misi Medis Suriah
60 terbunuh akibat serangan hendap tentera Syria
BEIRUT 28 Dis. - Kira-kira 60 orang terbunuh dalam serang hendap tentera Syria terhadap sekumpulan pejuang Islam di kawasan pergunungan Qalamoun, utara Damsyik semalam, menurut laporan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria di sini.
Serangan hendap itu berlaku antara bandar Maaloula dan Yabroud apabila tentera pimpinan Presiden Syria, Bashar al-Assad dan penentang kerajaan bertempur dalam perang saudara yang bermula sejak Mac 2011 itu.
Stesen televisyen tempatan melaporkan, berpuluh-puluh mayat bergelimpangan dalam kawasan pergunungan itu.
"Terdapat 400 orang yang terlibat dalam serangan ini termasuk beberapa warganegara Arab Saudi dan Chechnya, kata seorang saksi kejadian tersebut.
Menurut laporan stesen televisyen berkenaan, pihak tentera menjejaki kumpulan penentang kerajaan itu semalaman sebelum melancarkan serangan hendap ketika mereka dalam perjalanan ke bandar Jayrud. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131228/lu_01/60-terbunuh-akibat-serangan-hendap-tentera-Syria#ixzz2opoPta3v
© Utusan Melayu (M) Bhd
SYRIA

Anak kecil ini seolah-olah memanggil kita. Ketika usia sekecil ini seharusnya anak kecil suka dimanja, dibelai penuh kasih sayang. Dia meminta simpati, adakah kita golongan yang masih peduli? — with Nabilah Anuar Ahmad, Ahmad Aivantasia andIta Berlin.
Subscribe to:
Posts (Atom)































