Saturday, 25 January 2014

KISAH BENAR DARI GHOUTAH



Kereta yang membawa bekalan makanan buat Mujahideen (Front Line) dari Liwa Abu Mussa Al Asha'ry yang berjuang menentang rejim Assad baru sahaja tiba. Mujahideen keluar kegembiraan hendak menjamah makanan setelah sekian lama mereka berperang sambil menahan lapar. Makanan ini kelihatan seperti nasi tetapi hakikatnya harganya adalah lebih murah dari itu. Sedang mereka bersiap sedia mahu menjamah makanan, tiba-tiba kelihatan ramai wanita yang datang mengerumuni kereta bersama-sama pinggan kosong ditangan mereka. Setiap seorang dari mereka memikirkan untuk mengambil akan bahagian masing-masing daripada bekalan makanan tersebut. Melihat akan situasi tersebut, pemandu dan Amir lantas turun untuk mencari penyelesaian.. Jelas kelihatan disekeliling mereka wajah-wajah wanita-wanita yang kelaparan. Manakala dibelakang mereka , terdapat sekumpulan Mujahideen yang benar-benar memerlukan makanan bagi meneruskan perjuangan , mempertahankan tanah air mereka yang kaya dengan sejarah Islam dan mempertahankan saudara-saudara Islam mereka disana. Bahkan senjata-senjata mereka juga masih panas menandakan mereka baru sahaja lepas bertempur.

Lantas pemandu bertanya kepada Amir, 
"Apakah yang perlu kita lakukan? Jika kita berikan makanan ini kepada wanita, Mujahideen kita akan mati kelaparan dan tidak boleh berperang. Dan jika kita berikan makanan ini kepada Mujahideen, wanita-wanita ini akan mati kelaparan."

Ketua mereka pun menjawab,
" Jika aku makan makanan ini dan biarkan wanita-wanita ini mati kelaparan, maka sebahagian dari perjuanganku adalah sia-sia kerana salah satu matlamat adalah untuk melindungi mereka yang lemah. Dan aku tidak akan mampu tidur dengan tenang jika perkara seperti ini terjadi".

Maka, mereka pun membuka pintu kereta dan memberikan makanan-makanan tersebut kepada wanita-wanita yang datang bersama pinggan-pinggan kosong ditangan mereka. 

"Kita akan makan apa yang wanita-wanita ini tinggalkan untuk kita".

Dan inilah yang terjadi. Gambar ini menunjukkan lebihan makanan yang ditinggalkan oleh wanita-wanita tersebuat buat Mujahideen .

Wahai saudara dan saudariku yang dikasihi sekalian.. Bukalah hati anda... janganlah kita menyangka dengan memberi derma itu akan membuatkan kita rugi.. Marilah sama-sama kita membantu menyuap makanan buat mereka.. Mereka benar-benar memerlukan kita.

Surah Al- Baqarah : Ayat 261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.


Kami mempunyai tabung khas untuk Syria:
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Akaun Maybank: 562106630487
PayPal: AlEhsidek@gmail.com
Bank swift Code : mbbemykl

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE):
No.38B, jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan —

Rakyat syria bertanya dalam pertemuan antarabangsa baru baru ini. Mengapa Rejim Syria menjatuhkan bom barriel di kawasan penduduk di Aleppo? Menapa tidak bom tersebut dijatuhkan markas Daish (ISIS)?

Rakyat syria bertanya dalam pertemuan antarabangsa baru baru ini. Mengapa Rejim Syria menjatuhkan bom barriel di kawasan penduduk di Aleppo? Menapa tidak bom tersebut dijatuhkan markas Daish (ISIS)? 

Untuk perhatian, markas ISIS sangat terbuka dan tidak tersembunyi sebagaimana markas-markas mujahidin yang sebenar. Dan lebih mencurigakan, markas mereka tidak pernah diserang oleh rejim Bashar daripada udara, adakah ia karomah ataukah kerjasama?

Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=tHlAmZg_9i0

syria berdarah

syria berdarah

syria

syria

The unsung hero! 

Di Aleppo sebelum berlakunya revolusi, terdapat 4000-5000 doktor pakar.

Kini hanya tinggal 60 sahaja yg bertungkus lumus menyelamatkan nyawa saudara-saudara mereka di Syria saban hari. 

Anda seorang doktor dan mahu berbakti di Syria?

Keperluan segera: pakar saraf dan pakar tulang.

Hubungi kami dan nyatakan komitmen anda.

Sms/whatsapp: 0132226057 (CEO MLLFS)

Atau PM kami melalui fb page ini.

Terima kasih.

Ayuh berbakti!

syria

syria berdarah

Kita tidak pernah lupa apa yang telah dilakukan regim bashar assad atau tentera-tentera syiah bersama sekutunya Iran dan Hizbullat yang berpangkalan di Selatan Lubnan terhadap ummat Islam Syria.

Pembunuhan terhadap kaum muslimin yang tidak berdosa hingga mengorbankan ratusan ribu nyawa. Antara sejarah pembunuhan yang terbesar pernah dicatat. 

YA ALLAH.....AL-FATIHAH..

..HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKEEL.....LAKNAT KE ATAS BASHAR DAN SEKUTUNYA...!!!! ALLAH'HUAKBAR...!YA ALLAH....YA ALLAH.....YA ALLAH......
Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aa.

syria berdarah

Kita kenang semula peristiwa yang berlaku pada Februari 2012... kerana luka dihati kita tidak akan sembuh selagi saudara kita di Syria masih menderita

"Namaku Hamzah Bakkur, aku harapkan kamu jangan bersedih atau menangis ketika melihat gambarku yang mengerikan,aku tidak mati..tetapi sebaliknya aku telah syahid dan hidup di dalam Syurga sekarang..!!


-----------------------------------------------------------------------
Mengenang kembali satu tahun penubuhan Green Project.
Ini adalah antara post terawal kami mengenai isu Syria yang telah di postkan pada 31hb Januari 2013
 

Iringkan doa buat pejuang2 di Syria

Mengenang kembali satu tahun penubuhan Green Project.
Ini adalah antara post terawal kami mengenai isu Syria yang telah di postkan pada 4hb Februari 2013 

syria

kata-kata Khalid Al Walid sebelum beliau meninggal dunia: "Aku telah berperang lebih daripada 100 kali dan tiada di badanku ini walaupun seinci kecuali padanya penuh dengan pukulan pedang, tusukan panah dan tikaman tombak. Dan inilah aku, yang akhirnya mati di atas katilku sendiri."

Kata-katanya itu tertulis di bahagian luar kompleks makamnya di Syria.

-----------------------------------------------------------------------
Mengenang kembali satu tahun penubuhan Green Project.
Ini adalah antara post terawal kami mengenai isu Syria yang telah di postkan pada 7hb Februari 2013
 

syria

Solat jenazah rakyat Syria yang mati diseksa regim assad yang diadakan di Turkey. 

Terima kasih kerajaan dan rakyat Turkey kerana mengambil berat urusan saudaramu.
 — with Nabilah Anuar Ahmad.

syria

( Di Easter Gutah, lebih 30 juta pokok yang berbuah)

Majalah ini wujud sejak 1956 lamanya, sebelum Syria dikuasai oleh bapa Syiah Hafiz Assad Laknatullah, dia menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk menebang pokok-pokok yang berbuah itu, dan berpuluh tahun kemudiannya, anaknya pula menyalahgunakan kuasa yang dimilikinya dengan menanam bom pada setiap tempat pokok-pokok itu ditebang.

Assad tetap berdegil

Assad tetap berdegil25 Januari 2014
Sebahagian daripada kekejaman rejim Assad yang membiarkan tahanan mati kebuluran.

GENEVA - Presiden Syria, Bashar al-Assad dikritik hebat susulan gagal menghentikan perang saudara di negara itu yang kini berlanjutan lebih tiga tahun.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berkata kepada Press TV, presiden itu wajar digelar ‘magnet tunggal untuk pengganas’.

“Assad sungguh degil. Beliau enggan menerima peralihan politik di mana beliau perlu meninggalkan kuasa,” katanya.

Menurutnya, sepanjang mesyuarat Geneva II di Switzerland,  sebanyak 40 negara dan organisasi lain berbincang mengenai kerajaan peralihan dan keperluan untuk mempunyai perubahan di Syria, namun delegasi Syria hanya berdiam diri.

“Syria berulang kali menyatakan tiada cara untuk membolehkan pembangkang atau mana-mana kerajaan untuk menyokongnya.

"Beliau tidak boleh terlalu angkuh. Perkara ini melibatkan bukan seorang atau satu keluarga tetapi ia berkaitan jutaan rakyat di negara itu,” katanya.

syria

Walaupun tanpa rakan seperjuangan [Morsi / Presiden Mesir], Erdogan tetap meneruskan usahanya membantu saudara se-islam di Syria yang terus menerus dizalimi regim syiah bashar assad. 

Beritahu Erdogan, beliau tidak keseorangan, seluruh ummat Islam didunia ini menyokongnya dan akan terus bersama-samanya !

 Recep Tayyip Erdoğan  Turkey
 

syria

syria

what hunger and siege can do to a human being
#Break_Siege 
#Act2EndAssadsWar ##AssadWarCrimes

syria

ASSad should be convicted of committing war crimes against humanity just like the Rwandan Prime Minister Jean Kambanda who committed the Rwanda Genocide 
BECAUSE HUMAN BEINGS ARE NOT BORN TO BE KILLED BY MASS KILLERS. 
#SyriaWarCrimes
#AssadWarCrimes
#Act2EndAssadsWar

syria

11,000 documented deaths with pictures leaked from assad's prisons
Unknown fate of 250,000 prisoners
#SyriaWarCrimes #AssadWarCrimes

Friday, 24 January 2014

syria

syria berdarah

"Jika aku di tempatmu pun aku yakin, 
aku jua tidak sekuatmu... . 
Allah.... seksanya dia menahan kesakitan itu.. 
tapi dunia tidak mendengar... 
Ujian apa yang cuba Kau tunjukkan pada kami di sini ya Allah, 
ampunkanlah kami jua di sini..
Wahai cahaya Syurga, doa yang tidak pernah putusnya aku kirimkan buatmu di setiap sujudku...
Tangan yang takkan berhenti jua untuk menghulurkan apa yang aku ada, hanya buatmu, dan moga apa yang terdaya aku bantu ini akan menjadi jawapan di hadapan Allah..."

Bagi menghulurkan bantuan, anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE):
No.38B, jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Kami mempunyai tabung khas untuk Syria:
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Akaun Maybank: 562106630487
PayPal: AlEhsidek@gmail.com
Bank swift Code : mbbemykl

~Tangisan Bumi Syam~

syria berdarah

syria berdarah

syria berdarah

Teringat kata-kata sahabat kami di Syria yg pernah menjadi tahanan di dalam penjara rejim Bashar Assad. 

"Penyeksaan oleh rejim di penjara adakalanya adalah sesuatu yg kamu boleh bayangkan dan kebanyakannya yg kamu tak boleh bayangkan"

Lihat sendiri di pautan berikut: http://www.aa.com.tr/ar/mod/photo-gallery/11000

Biar dunia tahu...

Ini antara sebab kami berdiri teguh di belakang perjuangan rakyat Syria. Kami telah melihat dan mengalami sendiri apa yg rakyat Syria alami. Bukan hanya sekadar 3 tahun revolusi tetapi semenjak 40 tahun yg lepas.

Tiada pilihan utk kita terus mendiamkan kezaliman ini. Sama-sama kita angkat kezaliman dan menjunjung karamah insaniah!

syria

"I pledge my support in solidarity with the HUNGER STRIKE in Syria."
Thank you 

Pertempuran penentang kerajaan Syria, 1,400 terkorban


BEIRUT 24 Jan. - Sekurang-kurangnya 1,400 orang terbunuh di Syria sejak pertempuran antara penentang kerajaan dan militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) meletus bulan ini.
"Jumlah korban akibat pertempuran antara ISIL dan kumpulan penentang kerajaan sejak 3 Januari lalu telah meningkat kepada 1.395 orang," kata
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Kata kumpulan itu lagi, angka kematian itu termasuk 760 penentang, 426 militan ISIL, 190 orang awam dan 19 lagi identiti yang tidak dapat dikenalpasti. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140124/lu_12/Pertempuran-penentang-kerajaan-Syria-1400-terkorban#ixzz2rM6zm5LA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rundingan Syria belum tunjuk isyarat positif


Ahmed Jarba
MONTREUX, Switzerland 23 Jan. - Rundingan damai antara kerajaan Syria dan kumpulan pembangkang yang masuk hari kedua, di sini hari ini, tidak menunjukkan sebarang tanda positif selepas kedua-dua pihak enggan berkompromi untuk menyelesaikan konflik di negara itu.
Pertemuan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mungkin berlanjutan antara tujuh hingga 10 hari itu, bermula semalam dengan menyaksikan wakil kedua-dua pihak saling bertikam lidah tentang nasib Presiden, Bashar al-Assad.
Kekecohan semalam sekali gus memaksa wakil PBB dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi mengadakan pertemuan secara berasingan dengan wakil kedua-dua pihak hari ini bagi memastikan rundingan berjalan dengan lancar.
"Saya berharap kedua-dua pihak boleh duduk berbincang di dalam satu bilik menjelang tengah hari esok," katanya.
Walaupun harapan untuk menyelesaikan konflik perang saudara di Syria amat rendah, tetapi ramai pihak percaya kejayaan membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan merupakan langkah pertama yang penting dan positif.
Menteri Luar Syria, Walid al-Moualem dalam ucapannya menuduh kumpulan gabungan pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria (SNC) sebagai 'pengkhianat' dan 'ejen asing' serta menegaskan Assad tidak akan berundur seperti yang dituntut oleh musuhnya.
"Mereka (pembangkang) mendakwa mewakili rakyat Syria, tetapi mereka tidak sepatutnya menjadi pengkhianat dan bekerjasama dengan musuh Syria," katanya.
Bagaimanapun ketua SNC, Ahmed Jarba menggesa kerajaan Assad agar segera menandatangani satu perjanjian yang dicapai pada persidangan damai di Geneva pada 2012.
Dalam perjanjian itu, Assad perlu menyerahkan kuasa pemerintahan termasuk tentera dan keselamatan kepada kerajaan peralihan.
"Jika perjanjian terbabit dimeterai, proses itu akan bermula dengan peletakan jawatan Assad dan perbicaraan atas jenayah yang dilakukannya," kata Ahmad.
Kira-kira 40 negara dan pertubuhan antarabangsa menyertai rundingan tersebut, namun tiada dialog secara terus dijangka berlangsung sehingga esok. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140124/lu_05/Rundingan-Syria-belum-tunjuk-isyarat-positif#ixzz2rGGBMYUO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 23 January 2014

syria

Allah ya Allah!!!!! Help the Syrian people Ya Allah!!!! :(

Regim bashar assad telah membunuh 13 orang Mujahideen FSA dan jasad mereka telah di ikat di kereta dan diheret disepanjang jalan. Laknat Allah ke atas regim assad dan sekutunya !

Jenayah yang dilakukan regim bashar assad dalam pembunuhan besar-besaran.. [lihat dari kanan ke kiri]



Jenayah yang dilakukan regim bashar assad dalam pembunuhan besar-besaran.. [lihat dari kanan ke kiri]

"LEBIH DARIPADA 100,000 NYAWA HILANG DI SYRIA"



Ahli-ahli Pertubuhan Amal Oxfam meletakkan bunga putih pada 'batu nisan' simbolik menentang kekejaman regim bashar assad pada rakyat Suriah.
 

Ini adalah gambar Mounir Al Fakir, sebelum dan selepas penahanannya.

Ini adalah gambar Mounir Al Fakir, sebelum dan selepas penahanannya. Dia hanya dapat dikeluarkan selepas dua tahun berada dalam penjara regim assad. Tiada siapa yang akan percaya bahawa kedua-dua imej ini adalah orang yang sama kerana isterinya sendiri tidak mengecamnya. 

Beliau antara orang yang 'bertuah' kerana masih hidup kerana selalunya apabila sudah berada dibawah tahanan regim assad, kesudahannya adalah kematian yang penuh dengan penyeksaan. 

Semoga semakin ramai lagi tahanan yang boleh dibebaskan.

Kelaparan anak- anak Syria di bumi syam.

Laknat Allah ke atas regim assad dan sekutunya !

Regim bashar assad telah membunuh 13 orang Mujahideen FSA dan jasad mereka telah di ikat di kereta dan diheret disepanjang jalan. 

Laknat Allah ke atas regim assad dan sekutunya !

Kisah Ajaib Yang Berlaku Di Syria. Seakan-akan Kisah Di Dalam Filem, Tetapi Ini Realiti! SubhanAllah!



Lelaki ini telah ditembak oleh sniper milik rejim Assad di bahagian dada. Tetapi dengan kuasa Allah, beliau telah diselamatkan oleh ALLAH kerana peluru itu terkena syiling yang diletak di poket bajunya. Alhamdulillah! Allahuakhbar!

Kekejaman rejim Bashar didedah


23 Januari 2014
Kekejaman rejim Bashar didedah
Kekejaman rejim Bashar didedah Beberapa gambar menunjukkan tahanan diseksa dan dibunuh secara kejam oleh rejim Bashar.



DOHA - Rejim Presiden Syria Bashar al-Assad didakwa melakukan kekejaman dan membunuh 11,000 tahanan, menurut satu laporan menggemparkan didedahkan kepada umum, kelmarin.

Pendedahan dibuat berdasarkan pemeriksaan ke atas 55,000 gambar dipercayai diseludup keluar oleh bekas jurugambar polis di negara bergolak tersebut.

Difahamkan, bukti perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim Bashar tersebut turut memaparkan bukti patologi forensik yang melakukan pemeriksaan ke atas kubur besar di Kosovo sebelum ini.

Menurut Al-Jazeera, bekas ketua pendakwa raya mahkamah khas di Sierra Leone menyifatkan, laporan setebal 31 muka surat itu sebagai kebenaran membuktikan rejim Bashar melakukan pembunuhan kejam secara besar-besaran.

"Koleksi gambar jelas menunjukkan cara pembunuhan sistematik dilakukan ke atas tahanan. Mereka dibiarkan kebuluran dan diseksa dengan kejam hingga mati.

"Misteri kehilangan ramai penduduk Syria sejak perang saudara tercetus di negara itu kini terjawab," katanya lagi.

~Tangisan Bumi Syam~

Allah... Kau letakkan jasadnya di sini... 
untuk aku lihat & renung ke dalam mata iman,
apakah yang tersirat di sebalik hilangnya sinar di bumi Syam. 
Apakah nilainya sekujur tubuh kecil ini dari sudut mata imanku? 
Apakah jawapan tersurat pengorbananku dalam memperjuangkan tafsiran kalam?"

~Tangisan Bumi Syam~

syria berdarah

ALEPPO, SYRIA

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Setitik darah seorang Muslim adalah lebih bernilai dari seluruh Kaabah dan sekelilingnya” [Riwayat Bukhari dan Muslim].

Wahai umat Islam! Tidak ada galang ganti kepada tumpahan titisan darah umat Islam di Syria melainkan dengan jihad, dan tentunya dari tentera-tentera Allah yang berperang berpandukan syariat dan bukannya semata-mata menurut hawa nafsu.
 

syria

SAVE SYRIA  FREE SYRIA 


Sokongan penuh dari Recep Tayyip Erdoğan... Allah Akbar!!!
 —

syria

Setem yang dikeluarkan pada 1948, bagi mengenang jasa angkatan tentera. Ramai yang tidak tahu bahawa gambar bendera di setem ini adalah bendera asal Syria.

KRISIS KEBULURAN - UMMAT ISLAM MASIH MEMBISU

Tiada makanan dan minuman, tiada bantuan perubatan, dan ini salah seorang daripada ribuan kanak-kanak Suriah yang meninggal dunia akibat KEBULURAN.

Lokasi : Timur Ghouta, Syria 

Daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

“Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat.”

- Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim -

Link : http://www.youtube.com/watch?v=-rSOpD_yUOE&feature=youtu.be

syria

Berharap sangat patung itu adalah Bashar yang sebenar... InsyaAllah suatu hari nanti... Yang batil tetap akan tenggelam!

syria

ALEPPO | SURIAH 

Selamat keluar dari runtuhan, namun kanak-kanak ini telah kehilangan keluarganya... Bom barrel yang digugurkan regim assad telah membunuh ummat Islam yang tidak berdosa, tidak bersenjata.

حسبنا الله ونعم الوكيل

syria

syria

syria

He is 22 years old and suffers from sever Muscular Atrophy due to the lack of food in Old Homs 
#Homs 
#Act2EndAssadsWar #AssadWarCrimes

Dialog krisis Syria bermula


Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon (kanan) menyampaikan ucapan pada rundingan damai dikenali sebagai Geneva II di Montreux, Switzerland, semalam. Turut hadir ialah (kiri), utusan PBB-Liga Arab ke Syria, Lakhdar Brahimi. - AFP
MONTREUX, Switzerland 22 Jan. - Kerajaan Syria dan pembangkang negara itu buat kali pertama bertemu dalam rundingan damai dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, dengan kedua-dua pihak dilihat saling menyalahkan antara satu sama lain.
Mengeruhkan lagi keadaan, pemimpin-pemimpin kuasa dunia yang hadir, turut tidak sependapat tentang masa depan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Pemimpin pembangkang, Ahmed Jarba menuduh kerajaan melakukan jenayah perang menyamai kekejaman Nazi Jerman dan menuntut supaya satu pelan peralihan kuasa di negara itu dipersetujui segera.
Menteri Luar Syria, Walid al-Moualem pula menegaskan, Assad tidak akan tunduk kepada tuntutan pihak luar, malah menyatakan bahawa kumpulan penentang kerajaan adalah 'pengganas' sebenar yang disokong negara Arab serta Barat.
Amerika Syarikat (AS) dan Rusia yang bersama-sama menganjurkan dialog itu turut berselisih pendapat dalam ucapan pembukaan rundingan tersebut yang berlangsung selama sehari, hari ini.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon yang bertegang urat dengan Walid apabila menteri itu bercakap melebihi masa ditetapkan sebanyak tiga kali, turut menggesa supaya akses kepada bantuan kemanusiaan dibenarkan segera ke kawasan-kawasan yang terkepung akibat perang saudara berkenaan.
"Selepas hampir tiga tahun penduduk Syria menderita akibat konflik ini, hari ini mungkin memberikan sedikit harapan. Cabaran yang hebat sedang menanti, tetapi boleh diatasi," katanya.
Negara-negara Barat dan Rusia dilihat mengenepikan perbezaan tentang sama ada Assad perlu membenarkan pembentukan kerajaan sementara dan menyokong rundingan damai itu sebagai cara menghentikan krisis di Syria.
Moscow dan Washington pula menegaskan, Assad perlu meletak jawatan secepat mungkin.
Pertemuan dikenali sebagai Geneva II yang turut dihadiri wakil Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Perancis dan negara-negara Arab itu, dibuat sehari selepas tersebarnya kira-kira 55,000 keping gambar penderaan dan pembunuhan dilakukan tentera Syria ke atas 11,000 tahanan.
Di sebalik rundingan damai yang diadakan, keadaan di Syria masih tidak berubah apabila tentera kerajaan terus melancarkan bedilan di seluruh negara termasuk bandar Aleppo, sehingga mengakibatkan kematian. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140123/lu_04/Dialog-krisis-Syria-bermula#ixzz2rAVdsw9H
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 22 January 2014

Russia kesal Iran tak dibenar hadir

Moscow: Russia semalam mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menarik balik keputusan untuk menjemput Iran ke sidang damai Syria.
Menteri Luar Sergei Lavrov turut menuduh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon menggunakan bahasa ‘licik’ ketika memberi alasan untuk menjelaskan keputusan itu yang dibuat tiba-tiba.

“Memanglah ia satu kesilapan. Tanpa Iran, bagaimana kita akan membantu menyatukan umat Islam di seluruh dunia termasuk dalam menentang keganasan?” kata Lavrov.
Menurutnya, Iran yang hanya bersetuju menghadiri persidangan itu jika tidak dikenakan sebarang syarat seolah-olah dipaksa mengakui perlunya rejim Syria, sekutunya, digulingkan.

“Secara asasnya, Iran ‘dipaksa’ menghadiri persidangan itu untuk memulakan perbincangan berhubung perubahan rejim.

“Apabila Ban berkata dia terpaksa menarik balik jemputan untuk Iran disebabkan negara itu tidak sehaluan dari segi prinsipnya dengan tujuan persidangan itu, pada saya dia berselindung di sebalik bahasa licik,” katanya.
Foto
SATU mayat dilihat terperangkap dalam runtuhan di kawasan sasaran serangan bom tong yang dilapor digugurkan tentera udara Syria di Aleppo, semalam. Turut terkena serangan itu ialah sebuah bas mini yang membawa orang awam.
Ban membuat keputusan itu kurang 24 jam selepas mengeluarkan jemputan kepada Iran.

Bagaimanapun, pada masa sama Lavroy nampaknya mengakui ketiadaan Iran tidak akan memberi kesan besar kepada hasil persidangan itu, yang dilihat pemula untuk perbincangan lanjut bagi menyelesaikan kemelut politik Syria.
“Lagi pun perbincangan itu sekadar sehari dan melihat kehadiran 40 menteri luar pelbagai negara.

“Pasti pelik jika dalam senarai semua negara ini Iran pula tiada. Apa pun, simbolik kehadirannya tetap penting,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Penentang Bashar tak sehaluan


Beirut: Kumpulan pembangkang utama Syria mengesahkan ia tetap akan menghadiri persidangan damai minggu ini selepas PBB menarik balik jemputannya untuk Iran - sekutu terbesar Damsyik.

Bagaimanapun, penghalang terbesar bagi gabungan pembangkang itu adalah apabila Majlis Kebangsaan Syria (SNC) mengumumkan keluar daripada Gabungan Kebangsaan Syria kerana memprotes persidangan Geneva II itu.


Ini berikutan SNC menganggap penyertaannya dalam perbincangan itu akan memaksanya memungkiri ikrarnya untuk tidak berbincang selagi Presiden Bashar al-Assad mengundur - yang pasti tidak akan berlaku.



Sebelum itu, Gabungan Kebangsaan Syria dalam kenyataan berkata: “Kami mengalu-alukan keputusan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon menarik balik jemputannya kepada Iran memandangkan negara itu tidak mematuhi syarat penyertaan Geneva II ini.” Sehubungan itu, badan itu mengesahkan penyertaannya yang dianggap mampu membawa perubahan dalam arena politik negaranya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

Mendiamkan diri juga membunuh

syria berdarah

Let's never forget that before going to Geneva talks.
#Baniasmassacre
#AssadWarCrimes
#SyriaWarCrimes